reagen | /réagen/ ist bahan yg digunakan atau yg terlibat dlm tindak balas kimia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
reagen | (réagen) (Kim) bahan (molekul, ion, radikal bebas, dll) yg terlibat dlm tindak balas kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahan uji | (Kim) bahan yg digunakan dlm analisis kimia utk menghasilkan tindak balas dlm makmal, reagen | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asid hidroklorik | ist larutan gas hidrogen klorida dlm air. Asid ini beracun dan berbau sengit, digunakan sbg reagen, dlm pemprosesan makanan, dlm pembersihan logam dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
asid sulfurik | ist asid yg kuat, berbentuk cecair likat, berminyak, tidak berwarna, tidak berbau, sangat mengakis dan larut dlm air, digunakan sbg reagen, dan dlm membuat bahan letupan dan bahan pewarna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
asid | larutan yg di dlmnya terdapat ion hidrogen dan apabila bertindak balas dgn logam atau bes, membentuk garam (kebanyakannya mengakis, berasa masam dan memerahkan kertas litmus). ~ amino sj asid organik yg merupakan unit asas protein. ~ benzoik bahan berhablur berwarna putih yg digunakan sbg pengawet makanan. ~ borik asid lemah yg digunakan sbg antiseptik (bahan pembunuh kuman) dan dlm pembuatan gentian kaca, porselin dsb. ~ hidroklorik ist larutan gas hidrogen klorida dlm air. Asid ini beracun dan berbau sengit, digunakan sbg reagen, dlm pemprosesan makanan, dlm pembersihan logam dll. ~ karbolik ist sj asid yg digunakan utk membuat bahan pembunuh kuman, minyak wangi, pencelup, dll; fenol. ~ klorik asid tanpa warna yg mempunyai ciri pengoksidaan yg kuat. ~ laktik asid yg terdapat dlm susu masam, digunakan sbg bahan perisa dan pengawet makanan. ~ sitrik ist asid yg tidak berwarna, larut dlm air dan terdapat dlm buah-buahan spt limau, oren, dan digunakan sbg bahan perisa. ~ sulfurik ist asid yg kuat, berbentuk cecair likat, berminyak, tidak berwarna, tidak berbau, sangat mengakis dan larut dlm air, digunakan sbg reagen, dan dlm membuat bahan letupan dan bahan pewarna. berasid terdapat asid di dlmnya (bkn larutan): minuman ~. mengasid menjadi asid. mengasidkan menjadikan sesuatu dlm bentuk asid: Bahan cemar boleh ~ air. keasidan keadaan berasid; banyaknya asid dlm sesuatu larutan. pengasidan perihal atau proses mengasidkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bahan | 1. serpihan kayu (ketika ditarah), tatal kayu; besar kayu besar ~nya prb banyak pendapatan, banyak pula perbelanjaan; 2. sesuatu atau beberapa benda (barang dsb) yg digunakan utk menghasilkan sesuatu atau utk sesuatu tujuan: emak sedang membeli ~ pembuat kuih; ~ rujukan terbitan yg dijadikan rujukan (utk pembelajaran, pengkajian, dll); 3. hal-hal yg akan dibincangkan (diajarkan, disampaikan dlm ucapan, dll): ia sedang mencari ~-~ utk bercakap dgn lawannya; 4. barang-barang yg akan menjadi bukti (keterangan, alasan, dll); 5. benda (alat): Maimun belajar menggunakan ~-~ perhiasan; ~ aktif permukaan (Kim) sj bahan dlm serbuk pencuci yg menyebabkan pembentukan buih; ~ api bahan (spt kayu, arang batu, minyak, dsb) yg digunakan utk menghasilkan haba atau tenaga; ~ api fosil bahan api drpd sumber semula jadi (spt arang batu, minyak, dan gas asli) yg terhasil drpd penguraian sisa-sisa haiwan dan tumbuhan berjuta-juta tahun dahulu; ~ asli bahan-bahan yg terdapat dlm alam semula jadi (spt bahan galian, air, dll); ~ bakar benda yg dipakai utk membakar (dlm enjin dll); ~ baku Id benda yg terutama dipakai dlm industri; ~ galian benda yg diambil dr dlm tanah; ~ kasar benda yg masih kotor (belum dibersihkan); ~ makanan barang-barang utk makanan; ~ mengakar benda tempat tumbuhan dapat berakar; ~ mentah barang-barang (spt hasil tanaman, galian, dsb) yg digunakan dlm perusahaan dsb utk menghasilkan barang lain; ~ pakaian kain utk dibuat pakaian; ~ peledak (peletus) benda-benda yg dapat diledakkan (mesiu dll); ~ penyubur benda yg boleh menyuburkan tumbuhan; ~ perantara (Kim) sebatian organik yg terbentuk di antara bahan mula dgn hasil akhir dlm tindak balas sintesis kimia; ~ petrokimia sebatian organik yg diperoleh drpd petroleum atau gas asli; ~ rumah barangbarang pembuat rumah; ~ sel penapis (Bio) benda-benda yg membentuk sel penapis; ~ tambah (Kim) sesuatu bahan yg dicampurkan ke dlm bahan utama, lazimnya dlm kepekatan yg rendah utk tujuan tertentu; ~ uji (Kim) bahan yg digunakan dlm analisis kimia utk menghasilkan tindak balas dlm makmal, reagen; membahan 1. menarah, membelah, merimbas (kayu); 2. menghentam, memukul: ia hendak ~ adiknya;perbahanan kumpulan berbagai-bagai bahan atau data utk kajian (penyelidikan dsb): penyelidik itu sedang mengumpulkan ~ utk kajiannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |