pucuk rebung | a) rebung yg masih muda; b) ukiran atau lukisan yg berbentuk gerigi (pd tepi sesuatu benda); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelopak buluh (rebung) | pembalut buluh (rebung) yg masih muda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelopak I | sesuatu yg tipis yg menjadi penutup atau pembalut; ~ buluh (rebung) pembalut buluh (rebung) yg masih muda; ~ bunga bahagian yg berwarna terang pd bunga; ~ jantung pembalut jantung pisang; ~ mata bahagian di antara kening dgn mata (yg menutupi mata), pelupuk mata; ~ salak kulit buah salak; spt ~ pandan prb menyatakan kecantikan (keelokan) tubuh dsb seseorang perempuan: betisnya spt ~ pandan, lehernya spt gambar dilarik; tinggal ~ salak prb habis segala harta (kerana kecurian dsb atau kerugian dlm perniagaan); berkelopak mempunyai kelopak; mengelopak, terkelopak terbuka (terkembang) kulit penutupnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rebung | anak buluh yg masih lembut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rebung | anak buluh yg masih lembut. | Kamus Pelajar |
awan pucuk rebung | ukiran yg merupai pucuk rebung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melenturkan | menjadikan bengkok atau berkelok, menjadikan melentur, membengkokkan, melengkungkan: rebung apabila telah menjadi aur, payah hendak dilenturkan lagi; budak-budak umpama rebung, boleh dilenturkan dan dibentuk; lemah liat kayu akar, dilenturkan boleh, dipatah tak dapat prb orang yg berakal itu nampaknya menurut kehendak orang, tetapi tidak dapat dibodohkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rebung | anak buluh (yg akan menjadi batang); ~ tidak jauh dr rumpun prb perangai anak hampir sama dgn perangai orang tuanya; ~ tak miang, bemban pula miang prb orang yg bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar pula ikut campur; tatkala lagi ~ tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya prb mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi; merebung tumbuh rebungnya, (tumbuh) spt rebung (janggut dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
miang | 1. bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan; 2. = ~ gatal gatal yg merenyam (pd kulit); 3. = ~ gatal ki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pd bersetubuh, biang, gasang; ~ jelatang a) miang kerana kena jelatang; b) ki suka memfitnah, penghasut; se ~ kalam kecil (sedikit) sekali; habis ~ kerana bergeser prb hilanglah ketakutan atau canggung kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan; rebung tak ~, bemban pula ~ prb orang yg tidak campur tangan dlm sesuatu pekerjaan mendapat kesukaran sedangkan yg patut bersusah berdiam diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pucuk rebung | sj ikan laut, Chepeoides venulosus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |