receh | (récéh); wang ~ = recehan wang kecil, wang pecah; renceh I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wang receh | = recehan wang kecil, wang pecah; renceh I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wang kecil (pecah-receh) | duit yg rendah nilaiannya (sen dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selar renceh | ikan selar yg kecil; receh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renceh I | (réncéh) kecil (dipakai utk beberapa perkataan sahaja); selar ~ ikan selar yg kecil; receh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wang I | 1. alat pertukaran yg mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, duit: satuan ~ negeri kita ini ialah ringgit dan sen; 2. ki gaji, harta, kekayaan, pendapatan, upah; ~ buta wang yg diberikan kpd orang yg tidak bekerja selama menanti pencen, gaji buta; 3. sl duit yg bernilai satu pertiga tali: pd masa itu di Melaka, segala jenis makanan pun mahallah, telur ayam tiga buah dua ~, dan ayam seekor satu rupiah; tiga ~ setali; ~ adat Id wang utk perbicaraan di mahkamah; ~ bandar wang yg dipertaruhkan dlm perjudian; ~ belanja a) wang utk kegunaan hari-hari; b) ark gaji; ~ cengkeram (muka, pendahuluan) wang yg dibayar dahulu utk menandakan setuju membeli (menyewa) sesuatu barang, panjar; ~ duduk (sidang) Id wang upah utk anggota dewan dll ketika menghadiri persidangan; ~ duka (sungkawa) Id wang yg diberikan kpd ahli waris yg meninggal semasa mengerjakan tugasnya; ~ hangat (Eko) wang yg beredar (dr negeri ke negeri) kerana kadar bunga yg rendah; ~ hantaran wang yg dihantarkan oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan (dlm perkahwinan); ~ jaga-jaga (cadangan) wang persediaan utk digunakan apabila diperlukan; ~ jantan Id wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ jalan wang utk bekal dlm perjalanan; ~ jasa a) wang yg diberikan sbg pembalas jasa; b) bunga wang, faedah; ~ kancing sj wang utk jaminan; ~ karun a) wang yg terjumlah dlm harta karun; b) wang yg diperoleh secara haram; ~ kecil (pecah-receh) duit yg rendah nilaiannya (sen dll); ~ keras wang yg tetap nilaiannya (dlm pertukaran antarabangsa); ~ kertas wang yg berupa kertas; ~ kontan Id wang tunai; ~ kopi (jerih, sirih, teh) wang yg diberi sbg hadiah (kerana mengerjakan sesuatu); ~ kuliah Id wang perbelanjaan belajar di sekolah tinggi; ~ kunci (tiap) wang yg dibayar kpd tuan rumah yg disewa rumahnya; ~ lembur Id wang upah kerana kerja lebih masa; ~ logam (emas, perak, dll); ~ luar wang (pendapatan) yg diterima hasil membuat kerja luar; ~ mahar (wang) mas kahwin; ~ makan wang bayaran makan (semasa menjalankan tugas); ~ meja Id wang pembayaran perbicaraan di mahkamah; ~ panas a) (Eko) wang yg dipindahkan dr sebuah negara ke sebuah negara yg lain, atau dr satu jenis pelaburan yg lain, utk mendapatkan kadar pulangan yg terbaik; b) Id wang pinjaman dgn bunga yg banyak; c) Id wang yg berlebih-lebih (dlm peredaran); d) Id wang yg senang dapat dan senang habisnya; ~ pangkal wang yg harus dibayar dahulu ketika mulamula masuk persatuan dll (bayaran masuk); ~ perlindungan wang yg dibayar oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda, perniagaan atau nyawanya dsb tidak diganggu atau diancam oleh kongsi gelap atau samseng; ~ pertaruhan wang yg dibayar sbg tanda sanggup menerima sesuatu tawaran (menjadi ahli dll); ~ plastik ki kad kredit; ~ poket bp = ~ saku wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ pokok wang yg menjadi modal dlm perniagaan; ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai tertentu yg boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat pos dgn mengenakan komisen; ~ ringgit a) sl sj mata wang drpd perak; b) satuan mata wang Malaysia; c) segala macam kekayaan; ~ sagu hati a) wang yg diberikan sbg membalas jasa; b) wang yg diberikan kpd ahli waris anggota (polis, tentera, dll) yg meninggal semasa bertugas; ~ sekolah wang bayaran sekolah; ~ sembah Jk wang yg diberikan oleh pihak laki-laki kpd bakal mentua sesudah pinangan diterima; ~ syiling duit kecil yg dibuat drpd logam; ~ simpanan wang yg disimpan utk masa depan; ~ sogok (sorok, suap) wang yg diberikan utk menyogok (menyuap); ~ songsongan wang berlebih yg ikembalikan selepas membayar (sesuatu): ~sumbangan wang yg diberikan sebagai hadiah (sumbangan); ~ tambang wang utk membayar sewa atau tambang (kenaikan); ~ tegur (penegur) Jk wang yg diberikan kpd isteri utk memulakan pergaulan sbg suami isteri; ~ tengahan Id setengah rupiah, suku (50 sen); ~ terjun Id wang tambahan utk ahli pasukan payung terjun; ~ tinta wang upah kpd orang yg membuatkan surat (menandatangani surat keterangan dll); ~ tunai wang yg boleh digunakan pd bila-bila masa; ada ~ abang saya, tak ada ~ abang paya (payah) = ada ~ abang sayang, tak ada ~abang melayang prb orang yg disukai semasa ia kaya (berharta) sahaja; setali tiga ~ prb sama sahaja keadaannya (halnya); wang-wangan mata wang tiruan, wang palsu; berwang 1. mempunyai wang: dia tidak ~, satu sen pun tidak ada; 2. ki kaya, berharta; mengewangi memberi modal kpd, membelanjai, membiayai;mengewangkan menukarkan kiriman wang dll dgn wang; kewangan perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yg berkaitan dgn wang; Kementerian K~ ementerian yg menguruskan wang negara; kesukaran ~ kesukaran (kekurangan) wang dll; perwangan keadaan dan pengurusan wang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |