recik | titik-titik air yg berhamburan ke sana sini; percik: ~ air hujan membasahi bajunya. merecik terhambur ke sana sini (bkn air dll); memercik: Dikibas-kibaskan tangannya yg basah itu dan air ~ ke lantai. mereciki merecik pd: Air hujan ~ langsir. merecikkan menyebabkan jadi merecik: Dia ~ minyak wangi sedikit pd bajunya. recikan sesuatu yg merecik (air dsb). perecikan perbuatan (hal dsb) merecik, mereciki atau merecikkan. perecik alat utk merecikkan (air dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
recik | percik; merecik memercik; ~ peluh bertitik peluhnya, terkeluar (terpancur) peluhnya: di dahi kami ~ peluh kepanasan; mereciki memerciki, merenjis: kain yg dipakainya direciki lumpur; merecikkan menjadikan merecik, memercikkan: panas di dadanya ~ peluh di dahinya; recikan percikan: ~ air yg naik ke atas; perecik alat utk mereciki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
recik | titik-titik air yg berhamburan ke sana sini; percik: ~ air hujan membasahi bajunya. merecik terhambur ke sana sini (bkn air dll); memercik: Dikibas-kibaskan tangannya yg basah itu dan air ~ ke lantai. mereciki merecik pd: Air hujan ~ langsir. merecikkan menyebabkan jadi merecik: Dia ~ minyak wangi sedikit pd bajunya. recikan sesuatu yg merecik (air dsb). perecik alat utk merecikkan (air dsb). | Kamus Pelajar |
pacak III | Mn recik, percik; memacak-macak merecik-recik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rencik | recik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renjis I | percik, recik; merenjis mengenakan air dgn memercikkannya: kain-kain direnjis dgn air sebelum diseterika; merenjis-renjis merenjis beberapa kali atau berulang kali: dgn cermat, dia ~ pokok bunga itu dgn air; merenjiskan memercikkan, merecikkan: istiadat ~ tepung tawar dan menabur beras kunyit; merenjis-renjiskan merenjiskan beberapa atau berulang kali: seorang wanita kelihatan sedang ~ air pd mempelai lelaki yg baru tiba itu; renjisan bahan yg direnjiskan, percikan: ~ air mawar; perenjisan perihal (perbuatan, tindakan dsb) merenjis, merenjiskan atau merenjis-renjiskan (air dsb): ~ air mawar pd kedua-dua mempelai; perenjis 1. alat utk merenjiskan; 2. orang yg merenjis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memacak-macak | merecik-recik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percik | titik-titik air yg berhamburan ke sana ke mari; recik. memercik berhamburan merata-rata (bkn air dll): Apabila kereta lalu, air di jalan itu ~ pd pakaian kami. memerciki memercik pd: Bajunya basah kerana diperciki air. memercikkan menyebabkan sesuatu memercik; merenjiskan (sesuatu): Dia ~ air mawar ke bajunya. terpercik terkena air dll yg memercik: Menepuk air di dulang, ~ ke muka sendiri. percikan 1 sesuatu yg memercik (air dll): ~ air itu membasahi bajunya. 2 ki sesuatu yg dihasilkan dgn berpandukan buah fikiran orang lain: Dikatakan bahawa fikiran-fikiran Al-Maturidi sebenarnya merupakan ~ buah fikiran Abu Hanifah. pemercik alat yg digunakan utk memercikkan air dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
percik | titik-titik air yg berhamburan ke sana ke mari; recik. memercik berhamburan merata-rata (bkn air dll): Apabila kereta lalu, air di jalan itu ~ pd pakaian kami. memerciki memercik pd: Bajunya basah kerana diperciki air. memercikkan menyebabkan sesuatu memercik; merenjiskan (sesuatu):Dia ~ air mawar ke bajunya. tepercik terkena air dll yg memercik: Menepuk air di dulang ~ ke muka sendiri. | Kamus Pelajar |
percik | titik-titik air dll yg berserak-serak ke sana sini (setelah air terhempas ke batu dll), recik, renjis; berpercikan berhamburan, bersemburan, bertaburan ke sana sini (bkn benda cair spt air dll): air hujan dr bumbung rumah mencurah jatuh menimpa batu dan ~; memercik menghambur ke sana sini (utk titik air dll): kereta itu berjalan dgn laju menempuh air menyebabkan air itu ~ ke kaki lima; ombak menghempas ke batu dan air laut ~ ke udara; memerciki menaburkan titik-titik air kpd, merenjisi: baju yg hendak diseterikanya itu dipercikinya dgn air; memercikkan menyebabkan berpercikan (air dll), merenjiskan: seorang lepas seorang ~ air mawar pd kedua-dua pengantin yg sedang bersanding; kain yg dipercikkan dgn air emas kain yg disulam dgn air emas; terpercik 1. kena percik (air dll): tepuk air di dulang ~ muka sendiri juga; 2. memercik, keluar menghambur: air di dlm bekas itu ~ bajunya; percikan 1. sesuatu yg memercik (air dll), renjisan: sudah nampak ~ air dan budak-budak berenang dan menyelam; luka matanya kerana termasuk ~ karat; 2. fikiran (perasaan, sinar, dll) yg tiba-tiba timbul atau memancar: beberapa ~ telah terbit dlm fikirannya; kelihatan ~ cahaya matahari menyuluh langit berpinar-pinar; pemercik alat yg digunakan utk memercikkan air dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |