recok | (récok) gaduh, honar, ramai, rewel, ribut: surat khabar Filipina membuat ~ tentang rundingan di Bangkok; merecokkan menggemparkan, meributkan; kerecokan perihal recok, kegemparan, kehonaran, keributan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangak II | Mn gaduh, hingar, kacau, recok, rusuh; merangak membuat gaduh (kacau, recok, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
retok | (rétok) recok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerecokan | perihal recok, kegemparan, kehonaran, keributan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merangak | membuat gaduh (kacau, recok, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ribut II | 1. banyak yg harus dikerjakan, sibuk sekali, hibuk: entah apa yg diserukan, ia tidak mengerti, kerana ia terlalu ~ utk menangkapi kata-kata itu; buat ~ buat sibuk, pura-pura sibuk; 2. bising, gaduh, hingar, huru-hara, ramai, recok, rusuh: mereka ~ malam kelmarin kerana kehilangan wang; di pelabuhan sangat ~ bunyi berbagai-bagai gerobak dan sorak pekerja; 3. marah-marah, mengamuk: ~, kelam-kabut, bertunda-tunda, sedang sepak terajang, tinju tampar berdambun-dambun bunyinya; meributkan 1. menjadikan ribut, mengacaukan, menggemparkan; 2. menimbulkan huru-hara (gaduh dll), merusuhkan; keributan 1. kesibukan, kegiatan (kerja): ~ di jalan raya sungguh memeningkan kepala; 2. kegemparan, kekacauan, kekecohan, kekecokan, kerusuhan: soal yg ditimbulkannya itu telah mencetuskan satu ~ besar di rapat pemuda; peribut pengacau, pengganggu (keamanan), perusuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rewel | (réwél) Jw 1. ada-ada sahaja yg dikatakan (diminta dll), suka membantah, susah menurut, banyak mulut (bicara): orang tua yg ~; tukang ~ orang yg banyak mulut (cakap); 2. susah mengerjakan dll sesuatu, tidak berjalan dgn lancar (mesin dll), berabai, recok; kerewelan perihal rewel (kerecokan, kerusuhan, kesukaran). | Kamus Dewan Edisi Keempat |