Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
suka
1. Bersinonim dengan gembira
( girang, suka ria, senang hati, riang, sukacita, )
(adjektif:)
Berantonim dengan duka

2. Bersinonim dengan mudah
( kerap, kerap kali, sering, sering kali, acap-acap, acapkali, nyalar, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan gemar
( mahu, ingin, berminat, rela, sudi, berkenan, sualak, kasdu, gegek, solak, amuh, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

4. Bersinonim dengan sayang akan
( cinta akan, berminat, kama, hubah, semara, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan benci

Kata Terbitan : bersuka-suka, bersuka-sukaan, menyukai, menyukakan, sukaan, kesukaan, sukacita, bersukacita, menyukacitakan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sibuk I1. banyak yg dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sesuatu, giat dan rajin (mengerjakan sesuatu), hibuk: di rumah, ibu sedang ~ memasak, menyediakan makan tengah hari; 2. banyak kenderaan lalu-lalang (bkn jalan raya), banyak kapal (kapal terbang) keluar masuk (mendarat dan berlepas) (bkn pelabuhan, lapangan terbang): jalan raya itu ~ apabila pekerja-pekerja mulai pulang dr pejabat; kenderaan di Jalan Ampang ~ mundar-mandir; 3. suka mengambil tahu (mencampuri, mengganggu) hal (urusan) orang lain: dia ~ bertanya ke sana ke mari tentang skandal artis tersebut; bersibuk sedang sibuk (asyik) mengerjakan sesuatu: mereka berpura-pura ~ dgn benda­-benda di atas meja; menyibukkan 1. menjadikan sibuk, menye­babkan sibuk, menghibukkan; 2. bersibuk tentang: apa yg kau sibukkan benar; kesibukan 1. perihal (keadaan dsb) sibuk, perihal (keadaan dsb) menghadapi atau di­bebani banyak kerja (urusan dsb): usaha itu terbengkalai utk beberapa ketika kerana ~ kerja; 2. perihal keadaan sibuk dgn kenderaan dll, kesesakan, keributan: semakin jauh ia meninggalkan ibu kota, semakin reda pula­lah ~ yg menggila itu; penyibuk orang yg suka mengambil tahu, mencampuri atau mengganggu hal orang lain: jangan suka jadi ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
rela(réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; merelai memberikan (membiarkan, me­lepas­­­­kan, dll) dgn hati yg ikhlas, meng­izinkan, memperkenankan: jalan yg direlai Allah; merelakan 1. menerima (menderita dll) dgn hati yg ikhlas; 2. memberikan (melepaskan, menyerahkan, dll) dgn senang hati; 3. meng­izinkan, menyetujui; kerelaan keikhlasan (hati), keizinan, ke­su­di­­an, perkenanan, persetujuan: mencari ~ Allah; reda.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas