reka | (réka) 1. = reka-reka ark aturan, tindakan: mengambil ~ utk menyelamatkan dirinya; 2. = rekaan (sesuatu) yg dibuat-buat (diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan: kita tumpukan perhatian kita pd sebuah keluarga Jepun rekaan kita; cerita seumpama ini adalah semata-mata rekaan; 3. daya upaya (tipu muslihat), akal ikhtiar: ia seorang yg banyak ~nya; ~ letak susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pd iklan atau halaman buku, surat khabar, dll; mereka, mereka-reka 1. menyusun (memasang, mengatur, mengarang) baik-baik: perlembagaan itu telah direka oleh orang yg bijak pandai; sedikit sekali pengarang kita yg dapat ~ cerita-cerita yg bermutu tinggi; siapa tahu kalau cerita itu direka-reka; 2. mencari akal (daya, upaya, ikhtiar): sepanjang minggu, ia mereka-reka keputusan yg akan diambilnya nanti; 3. memikirkan (sesuatu), merancang, merencanakan: seorang ahli sains telah ~ sepasang jangka suhu; dia ~ jawaban yg akan diberikan esok; 4. membayangkan (dlm angan-angan), mencita-citakan: ia mereka-reka siapa yg patut menjadi suaminya; 5. menduga, mengagak-agakkan, mengira-ngirakan: tidak ada orang yg ~ bahawa ia akan terpilih sbg wakil rakyat; rekaan, reka-rekaan 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. angan-angan, fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan; perekaan perbuatan mereka: ~ mesingan menyebabkan perang menjadi perkara yg usang; pereka orang yg mereka (mereka-reka). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reka /réka/ | 1 = rekaan sesuatu (spt cerita dll) yg dibuat-buat atau yg diada-adakan; karangan: cerita ~. 2 daya upaya; tipu muslihat; akal ikhtiar: Dia itu banyak ~nya. mereka 1 menyusun (mengatur, mengarang) baik-baik: Tidak banyak pengarang yg pandai ~ cerita yg menaikkan semangat. 2 memikir-mikirkan sesuatu; membayangkan dlm fikiran; mencari akal; mencari ikhtiar: Dia ~ -reka apa yg akan dilakukannya utk hidup berdikari. 3 memikir-mikirkan dan mencipta sesuatu: Thomas Alva Edisonlah yg mula-mula ~ lampu elektrik. rekaan 1 sesuatu yg direka: Cerita ini ~ semata-mata. 2 hasil drpd mereka; ciptaan; buatan: bulan ~. 3 apa-apa yg difikir-fikirkan. pereka orang yg mereka: ~ kapal terbang. | Kamus Pelajar |
reka-reka | ark aturan, tindakan: mengambil ~ utk menyelamatkan dirinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hisapan jempul | ki berita atau karangan yg direka-reka (khabar yg dibuat-buat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reka bentuk /réka bentuk/ | corak atau bentuk sesuatu yg direka. mereka bentuk membuat reka bentuk sesuatu (spt kereta, rumah dll). pereka bentuk orang yg membuat reka bentuk. | Kamus Pelajar |
reka bentuk | /réka bentuk/ corak atau bentuk sesuatu yg direka. mereka bentuk membuat reka bentuk sesuatu (spt kereta, rumah). pereka bentuk orang yg membuat reka bentuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
reka | /réka/ 1 = rekaan sesuatu (spt cerita dll) yg dibuat-buat atau yg diada-adakan; karangan: cerita ~. 2 daya upaya; tipu muslihat; akal ikhtiar: Dia itu banyak ~nya. mereka 1 menyusun (mengatur, mengarang) baik-baik: Tidak banyak pengarang yg pandai ~ cerita yg menaikkan semangat. 2 memikir-mikirkan sesuatu; membayangkan dlm fikiran; mencari akal; mencari ikhtiar: Dia ~-reka perkara yg akan dilakukannya utk hidup berdikari. 3 memikir-mikirkan dan mencipta sesuatu: Thomas Elva Edison yg mula-mula ~ lampu elektrik. rekaan 1 sesuatu yg direka: Cerita ini ~ semata-mata. 2 hasil drpd mereka; ciptaan; buatan: bulan ~. 3 apa-apa yg difikir-fikirkan. perekaan perbuatan atau hal mereka (sesuatu). pereka orang yg mereka: ~ kapal terbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
reka cipta /réka cipta/ | sesuatu yg dicipta bagi pertama kalinya; ciptaan baru. mereka cipta membuat ciptaan bagi pertama kalinya: Bell ialah orang Amerika yg ~ telefon. pereka cipta orang yg mencipta sesuatu yg baru: John Baird ialah ~ televisyen berbangsa Scot. | Kamus Pelajar |
reka bentuk kad(card design) | 1. Reka bentuk luaran bagi kad tebuk atau kad paparan elektronik. 2. Reka bentuk bagi kad litar elektronik. 3. Reka bentuk yang dilakukan dengan menggunakan kad untuk membolehkan reka bentuk disusun kemudian dengan lebih mudah. | Kamus Komputer |
reka bentuk | (réka bentuk) rancangan (corak, bentuk, dsb) yg menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dsb): pengetahuannya tentang penerbangan dibuktikan oleh ~ kapal terbangnya yg pertama; mereka bentuk membuat reka bentuk (gambaran, lukisan, dll); pereka bentuk orang yg mereka bentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |