relatif /rélatif/ | secara perbandingan: kekerapan ~ kekerapan sesuatu (kejadian dll) berbanding dgn jumlah keseluruhannya. | Kamus Pelajar |
relatif | (rélatif) bkn sesuatu yg berdasarkan perbandingan atau saling berkait dgn sesuatu yg lain, tidak mutlak, nisbi, bandingan: sebenarnya kesopanan itu satu konsep ~; kini usia kemerdekaan telah memberikan pengalaman kehidupan yg secara ~ boleh dikatakan memadai sehingga pd satu peringkat; kerelatifan perihal (keadaan dsb) relatif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
relatif | /rélatif/ secara perbandingan: kekerapan ~ kekerapan sesuatu (kejadian dll) berbanding dgn jumlah keseluruhannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nisbi | bergantung pd bandingan dgn yg lain, tidak mutlak, relatif: kalau orang mengatakan rumah itu besar, itu ~ sahaja, kerana membandingkannya dgn rumah yg lebih kecil, kalau dibandingkan dgn rumah yg lebih besar, rumah tersebut kecil; kenisbian perihal (sifat dsb) tidak mutlak, sifat relatif: ~ nilai-nilai moral. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekerapan relatif | kekerapan sesuatu (kejadian dll) berbanding dgn jumlah keseluruhannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengalamatan relatif(relative addressing) | Pengalamatan yang alamat mutlaknya didapati melalui pengubahsuaian alamat asal suruhan dengan menambah suatu nombor padanya. | Kamus Komputer |
kerelatifan | perihal (keadaan dsb) relatif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaedah krioskopi | kaedah menentukan jisim molekul relatif sesuatu bahan pepejal dgn mengukur penurunan takat beku pelarut yg sesuai apabila ditambahkan sejumlah kuantiti pepejal berkenaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenisbian | perihal (sifat dsb) tidak mutlak, sifat relatif: ~ nilai-nilai moral. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nombor ordinal | (Mat) nombor yg menunjukkan kedudukan relatif (sesuatu benda) dlm satu urutan (kumpulan): pertama, ketujuh, dan kesepuluh adalah contoh nombor ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |