Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rembang I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rembang I1. titik di langit yg betul-betul di atas kepala kita, kedudukan yg setingginya (matahari, bulan); matahari ~ = ~ tengah hari waktu tengah hari tepat (benar); sebelum ~ tengah hari sebelum tengah hari; ~ petang sudah mulai petang, lewat pukul tiga petang; 2. sl tepat sungguh (waktunya): segala takwim kitab dibuka, ~lah saat dgn ketika; berembang merembang; merembang; hari sudah ~ rembang petang; perembang Kd, bp mengarahkan (senapang dll ketika hendak menembak dll) dgn setepat-tepatnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelelahan1. perihal lelah, keletihan, kepenat­an; 2. lelah sekali, sangat lelah, keletihan, kepenatan: pd waktu matahari rembang, petani-petani di bendang itu ~ .Kamus Dewan Edisi Keempat
sesungguhnya1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya: ~ dua hari yg lalu, laki-laki perem­puan banyak datang menemui dia; 2. memang (begitu), sememangnya: ~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat;Kamus Dewan Edisi Keempat
sedang I1. tengah (ketika, masih) melakukan sesuatu lagi, masih: saya ~ mencuci tangan; ia ~ sakit; 2. sementara, dlm pada itu, dlm waktu itu, ketika itu: matahari itu nampak berwarna merah walaupun ~ rembang.Kamus Dewan Edisi Keempat
lelah1. tidak berdaya lagi, letih, mengah, penat: kerana ~nya orang itu bercakap ter­mengah-mengah; ~ jerih = ~ payah tersangat lelah; melepaskan ~ berehat; 2. penyakit sesak nafas, asma; berlelah, berlelah-lelah melakukan sesuatu hingga lelah, bekerja kuat, berpenat: sekurang­-kurangnya terhiburlah sedikit mereka itu setelah ~ sekian lama menuai padi yg sedang masak itu; melelahkan, memperlelah menyebabkan jadi lelah, menjadikan lelah, meletihkan, memenatkan: kerja ini sangat ~; kelelahan 1. perihal lelah, keletihan, kepenat­an; 2. lelah sekali, sangat lelah, keletihan, kepenatan: pd waktu matahari rembang, petani-petani di bendang itu ~ .Kamus Dewan Edisi Keempat
sungguh1. tidak bohong, tidak lancung,benar, betul: ~ demikianlah yg sebenar­-benarnya kejadian; 2. = ~ hati = sungguh-sungguh tidak main-main, dgn segenap hati, dgn tekun: kelemahan inilah yg harus diketahui, yg harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya; 3. amat, sangat, terlalu: bising ~ bunyi kedua-duanya bertengkar; letih ~ rasa badan saya; 4. memang, sebenar­nya, sebetulnya: ~ ada bapamu mening­galkan engkau emas; sesungguhnya 1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya: ~ dua hari yg lalu, laki-laki perem­puan banyak datang menemui dia; 2. memang (begitu), sememangnya: ~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat; bersungguh-sungguh (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu penga­kuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? menyungguhi, menyungguh-nyungguhi, mempersungguhi Mn mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (tidak main-main, dgn sedaya upaya): maka diangkat tiada ter­angkat, maka disungguhi, terangkat se­hingga lutut; menyungguhkan 1. mengakui, membe­narkan, mengesahkan: sekalian yg mende­ngar itu ~; 2. = mempersungguhkan mengusahakan benar-benar (dgn segenap hati): segala amalan mengutamakan peng­gunaan bahasa kebangsaan akan dima­jukan terus, bahkan mustahak dipersung­guhkan lagi; 3. = ~ diri menjaga diri supaya selamat (drpd musuh dll); kesungguhan perihal (sikap dsb) sungguh­-sungguh, kebulatan hati, minat serta kete­kunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usaha­nya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu; penyungguhan perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
laut I1. air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi, lwn darat: L~ Merah; L~ China dll; biru air ~; 2. kumpulan sesuatu benda yg amat banyak: ~ api; ~ madu; 3. utara; barat ~ arah di antara barat dgn utara; timur ~ arah di antara timur dgn utara; 4. Ph, ki jauh ke tengah (sungai, tasik, dll); ~ api a) kebakaran yg besar; b) kumpulan api yg besar; ~ janggawari laut yg besar; ~ kalzum sl Laut Merah; ~ lepas (berdebu, jelebu, jerebu, serebu, rembang) laut yg terbentang luas; ~ budi tepian akal prb orang yg cerdik dan pandai; ~ ditembak darat kena prb beroleh sesuatu yg tidak dihajati; ~ ditimba akan kering prb harta walau banyak sekalipun akan habis juga jika selalu dibelanjakan; ~ mana yg tak berombak, bumi mana yg tak ditimpa hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (segala pekerjaan ada kesulitannya); tak ada ~ yg tidak berombak prb tidak ada pekerjaan besar yg tidak ada bahayanya; melaut 1. spt laut, luas spt laut: kawasan hutan simpan yg ~ luasnya; 2. turun ke laut (utk belayar dll); sudah ~ mendarat sudah pergi ke mana-mana; tak sungguh seluang ~akhirnya balik ke tepi juga prb tidak betah merantau akhirnya balik ke kampung juga; melauti pergi belayar di laut, melayari; melautkan ki membesar-besarkan, meng­hebah-hebahkan; setitik dilautkan sekepal dibukitkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; memperlaut melayarkan kapal (perahu dll), mengirim barang-barang dgn kapal; lautan 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas; kelautan yg berkaitan dgn laut: iklim ~; pelaut orang yg selalu turun ke laut (kelasi dll), pelayar; kepelautan kemahiran dlm kerja-kerja mengemudikan atau mengendalikan kapal, bot dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas