rencah | , = perencah bahan (spt udang, daging) yg dicampurkan ke dlm sesuatu masakan supaya lebih sedap: Ikan busuk jangan dibuang, buat ~ si daun kayu. merencah membubuh perencah ke dlm masakan supaya lebih sedap. merencahkan menjadikan (udang, daging dsb) sbg perencah: ~ ikan bilis ke dlm sayur cekur manis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rencah III | ; merencah 1. tidak tetap pendirian (pekerjaan, fikiran, dll), selalu bertukar-tukar (pendirian, fikiran, dll), lincah; 2. mengerjakan bermacam-macam pekerjaan serentak (tetapi tidak ada yg selesai atau sempurna). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rencah II | = perencah campuran berbagai-bagai barang atau rempah supaya masakan menjadi lebih sedap: ~-~ utk membuat rendang hati; terung panjat buat perencah gulai ikan kering; merencah mencampur lauk dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rencah I | ; merencah 1. berjalan menempuh lumpur (becak dll), menginjak-injak: ia terhuyung-huyung ~ air sawah; 2. ki menempuh atau mengharungi (bahaya dll): sepanjang hidupnya ia ~ kesusahan; 3. = ~ sawah menyuruh kerbau menginjak-injak tanah di sawah hingga jadi gembur, melunyah sawah: tanah sawahnya direncah oleh berpuluh-puluh ekor kerbau yg ditambat di situ; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rencah, = perencah | bahan (spt ikan, udang, daging dsb) yg dicampurkan ke dlm sesuatu masakan sayur:<i> Ikan busuk jangan dibuang buat ~ si daun kayu.i> merencah membubuh perencah ke dlm masakan sayur. merencahkan menjadikan (ikan, daging, udang dsb) sbg perencah: ~ <i>ikan bilis ke dlm sayur cekur manis.i> | Kamus Pelajar |
rancah | (tanah yg) berpaya-paya; ® rencah I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terencah | 1. terlangkahkan; 2. sudah direncah, terinjak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
racau II | Mn selalu bergerak-gerak, lincah, rencah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melazatkan | menjadikan sesuatu lazat, menyedapkan, mengenakkan: sedikit rencah dibubuh utk ~ masakan sayur goreng itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lazat I | 1. sedap, enak: berbagai-bagai makanan yg ~ dihidangkan di majlis itu; 2. seronok; berlazat 1. berseronok, bersedap-sedap; 2. bersetubuh; suka ~ suka bersetubuh; melazatkan menjadikan sesuatu lazat, menyedapkan, mengenakkan: sedikit rencah dibubuh utk ~ masakan sayur goreng itu; kelazatan 1. kesedapan, keseronokan: kebahagiaan dan ~ yg sejati hanya terdapat bilamana kita mengingati Allah; 2. terlalu suka atau gemar; pelazat bahan yg melazatkan makanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |