canggung II | dahan atau batang kayu mati yg timbul tenggelam di air; bagai kera dapat ~ prb tidak renggang-renggang dr tempat menerima pertolongan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renggang II | ; merenggang; ~ gawai (Palembang) ark memperkosa perempuan, merogol. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renggang | 1 tidak rapat (bkn dinding, lantai dll); ada selanya atau ada antaranya. 2 ki tidak karib atau tidak erat lagi (bkn perhubungan, persahabatan dll): Perbalahan menyebabkan perhubungan antara kedua-dua negara itu semakin ~. berenggang berantara; berjauhan; berpisah: Kedua-dua sahabat itu tidak pernah ~. merenggangkan menjadikan atau menyebabkan renggang: ~ tangan; ~ persahabatan. memperenggang menjadikan lebih renggang. kerenggangan keadaan atau hal renggang. perenggang alat dll yg merenggangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
renggang I | 1. tidak berapa rapat, tidak tertutup benar, ada sela-selanya, dll: apabila panas terik, papan-papan dinding rumah menjadi ~; 2. agak berjauhan, kurang erat (persahabatan dll), kurang karib: maka timbullah suatu pertengkaran yg membuat mereka semakin ~; anak kecil itu sudah tidak hendak ~ dr ayahnya lagi; 3. antara, selang: ada kira-kira ~nya setahun dr perang Kedah itu maka Raja Kecil datang pula melanggar Riau; 4. jarak(nya), jauh(nya), beza(nya): lain pula keadaannya di negeri kami, ~nya hampir-hampir sebelah dunia; kehidupan anak-anakku dibandingkan dgn kehidupanku macam bumi dgn langit ~nya; berenggang berantara, berjauh, berpisah: kedua-duanya tidak pernah ~; biar masa ~ sedikit utk pergi memujuk isteriku pulang ke rumah; merenggang menjadi renggang (jauh dll): perhubungan antara dua manusia itu sudah ~; merenggangi menjauhi (supaya renggang): kenalan-kenalannya makin lama makin ~ dia; merenggangkan menjadikan renggang: ~ persahabatan; ~ tulisan; ia ~ tangannya melepaskan budak itu; ia mencuba ~ dirinya dr budak-budak yg ramai itu; tidak ada sesuatu yg dapat ~ silaturrahim kedua-dua belah pihak; memperenggang menjadikan lebih renggang; terenggang terbuka: pintu itu ~ sedikit; kerenggangan perihal renggang: aku mengerti kenapa antara dua teman itu timbul ~ dan ketegangan; perenggangan perbuatan (proses) merenggangkan sesuatu; perenggang; ~ waktu ark perintang waktu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Renggang | 1 tidak rapat (bkn dinding, lantai dll); ada selanya atau ada antaranya. 2 ki tidak karib atau tidak erat lagi (bkn perhubungan, persahabatan dll): Perbalahan menyebabkan perhubungan antara kedua-dua negara itu semakin ~. berenggang berantara; berjauhan; berpisah: Kedua-dua sahabat itu tidak pernah ~. merenggangkan menjadikan atau menyebabkan renggang: ~ tangan; ~ persahabatan. memperenggang menjadikan lebih renggang. kerenggangan keadaan atau hal renggang. perenggang alat dll yg merenggangkan. | Kamus Pelajar |
jarang | 1 tidak kerap atau tidak rapat; bersela; renggang: gigi ~; kain ~. 2 tidak lebat atau tidak padat: Rambutnya ~. 3 = jarang-jarang tidak selalu atau tidak sering; tidak lazim: Ia ~ datang ke rumahku. Perkataan itu ~ digunakan. menjarangkan membuat supaya jarang atau renggang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jarang I | 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. = jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; menjarangkan 1. = memperjarang membuat supaya jarang (renggang dll); 2. menjadikan (mengusahakan supaya) tidak kerap atau tidak rapat masanya berlaku sesuatu: ~ kelahiran anak; penjarangan 1. perihal (perbuatan dsb) menjadikan renggang atau bersela-sela; 2. perihal (perbuatan dsb) menjadikan tidak kerap (tidak selalu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jarang | 1. tidak kerap atau tidak rapat; bersela; renggang: gigi ~; kain ~. 2. tidak lebat atau tidak padat: Rambutnya ~. 3 = jarang-jarang tidak selalu atau tidak sering; tidak lazim:Ia ~ datang ke rumahku. Perkataan itu ~ digunakan. menjarangkan membuat supaya jarang atau renggang. | Kamus Pelajar |
jarak I | jarak I 1. jauh atau ruang (renggang) antara dua tempat, benda, dsb: kampung itu kira-kira sekilometer ~nya dr bandar; 2. ark jari-jari bulatan; ~ dekat meliputi jarak yg dekat; ~ padang jarak yg diperlukan oleh pesawat udara utk berlepas dan mendarat dgn selamat di landasan; ~ pandang = ~ pelihatan ukuran yg digunakan utk menentukan jarak yg membolehkan seseorang yg normal pelihatannya melihat sesuatu objek dgn jelas; ~ tumpuan kanta (cermin) jarak di antara pusat kanta (cermin) dgn tumpuan; ~ umur perbezaan umur; ~ serasa hilang, bercerai serasa mati prb sanak saudara itu kalau berdekatan saling berbantah, kalau berjauhan mereka berkasih-kasihan; berjarak 1. mempunyai jarak, berjauh, berenggang: rumah-rumah itu ~ sekurang-kurangnya 20 meter di antara satu dgn lain; 2. terpisah, menjauhi; menjarak bergerak (jauh) drpd yg satu lagi, menjauh, terpisah: kalau prisma diisi dgn dua sulfida maka perasingan cahaya-cahaya berwarna akan lebih ~; menjaraki 1. membuat berjarak; 2. menjauhi; menjarakkan menjauhkan, memisahkan, merenggangkan: dr satu hari ke satu hari, Lora makin ~ diri drpd Norman; terjarak terjauh dr, terpisah dr, terenggang dr; penjarakan perbuatan menjarakkan, penjauhan, pemisahan, perenggangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saudara renggang | saudara yg telah jauh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |