renggut | ; merenggut menarik dgn cepat; menyentak: Perompak ~ beg duit perempuan itu dr tangannya. ~ nyawa meragut nyawa. renggutan tarikan yg keras; sentakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
renggut; merenggut | menarik dgn cepat; menyentak: Perompak ~ beg duit perempuan itu dr tangannya. ~ nyawa meragut nyawa. renggutan tarikan yang keras; sentakan. | Kamus Pelajar |
renggut | ; merenggut 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati; merenggut-renggut merenggut beberapa atau berulang kali, menarik-narik: dia ~ rambutnya spt orang kemasukan syaitan; renggutan sentakan (tarikan) yg keras atau kuat, rampasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merenggut-renggut | merenggut beberapa atau berulang kali, menarik-narik: dia ~ rambutnya spt orang kemasukan syaitan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rentak II | renggut, sentak; merentak menyentak, merenggut: anjing itu ~ rantainya lalu putus; kemejanya sobek-sobek direntak-rentak orang; terentak tersentak, tergoncang, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjujut-jujutan | tarik-menarik (tali dll), renggut-merenggut | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jujut | ; berjujut-jujutan tarik-menarik (tali dll), renggut-merenggut; menjujut 1. menarik; 2. Kl menghisap (darah dll), menghirup (minuman). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggelalar | merentak-rentak (spt anjing yg tertambat), merenggut-renggut (dgn maksud hendak melepaskan diri). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelalar | ; menggelalar merentak-rentak (spt anjing yg tertambat), merenggut-renggut (dgn maksud hendak melepaskan diri). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyembat | 1. menarik dgn pantas, menyendal (keris dll), menyentak, merenggut, memiuh (kail, dll): maka disembatnya keris Betara, dapat lalu dipakainya oleh Tun Bija Sura; 2. membingkas (jerat dll), melenting, meng-anjal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |