Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[reng.kuh] | رڠکوه

Definisi : ; merengkuh menarik (men­dekat­kan) ke arah diri sendiri, meraih, merenggut: direngkuhnya anak itu, diusap kepalanya lalu dibawa pergi mandi; direngkuhnya besi palang itu hendak digoncangnya; ~ orang membujuk-bujuk orang; ~ untung mencari untung; rengkuhan tarikan (yg kuat): agaknya lebih kuat lagi ~ yg menarik manusia mem­belakangkan Allah SWT; perengkuh alat utk merengkuh (merenggut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[reng.kuh] | رڠکوه

Definisi : ; merengkuh menarik atau mendekatkan sesuatu ke arah diri sendiri; meraih: ~ dayung. rengkuhan hal merengkuh; tarikan ke arah diri sendiri. perengkuh alat utk merengkuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rengkuh
Kata Terbitan : merengkuh,

Peribahasa

Sekali merengkuh dayung,
     dua tiga pulau terlampau.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air). rengkuh = menarik kuat-kuat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rengkuh; merengkuh menarik atau mendekatkan sesuatu ke arah diri sendiri; meraih: ~ dayung. rengkuhan hal merengkuh; tarikan ke arah diri sendiri. perengkuh alat utk merengkuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rengkuh; merengkuh menarik (men­dekat­kan) ke arah diri sendiri, meraih, merenggut: direngkuhnya anak itu, diusap kepalanya lalu dibawa pergi mandi; direngkuhnya besi palang itu hendak digoncangnya; ~ orang membujuk-bujuk orang; ~ untung mencari untung; rengkuhan tarikan (yg kuat): agaknya lebih kuat lagi ~ yg menarik manusia mem­belakangkan Allah SWT; perengkuh alat utk merengkuh (merenggut).Kamus Dewan Edisi Keempat
rengkuh; merengkuh menarik atau mendekatkan sesuatu ke arah diri sendiri; meraih: ~ dayung. rengkuhan hal merengkuh; tarikan ke arah diri sendiri. perengkuh alat utk merengkuh.Kamus Pelajar
menyembaime­nyam-but dgn pantas, menyambar, me­rengkuh, me-renggut.Kamus Dewan Edisi Keempat
sembai(sémbai) Mn; menyembai me­nyam-but dgn pantas, menyambar, me­rengkuh, me-renggut.Kamus Dewan Edisi Keempat
kurang1. tidak atau belum sampai kpd angka (ukuran, takat, dll) yg tertentu, tidak atau belum cukup (genap, lengkap, sampai, tepat, dll): tidak dapat dibayarnya harga tersebut kerana wangnya ~; sudah pun disusun rancangan mengirim pekerja-pekerja ke tempat-tempat yg ~ tenaga buruhnya; 2. utk me­nyatakan bilangan atau banyaknya yg belum cukup utk mencapai jumlah genap yg tertentu, tersedikit sebanyak (satu, dua, dll) utk menjadi atau mencapai (sesuatu jumlah dsb): ~ dua seratus dua lagi cukup atau genap seratus; ~ dua tahil empat kati dua tahil lagi menjadi empat kati; 3. lebih rendah atau sedikit drpd sesuatu apabila diperbandingkan: banyaknya hasil padi tahun ini ~ drpd hasil tahun lepas; nilai barang-barang yg diimport ~ drpd yg dieksport; bertambah ~ menjadi makin kurang (drpd keadaan sebelumnya); 4. tidak berapa (baik, maju, sihat, dll), tidak begitu; ~ maju tidak berapa maju; ~ manis a) tidak berapa manis (kerana tidak cukup gulanya, agak tawar; b) tidak berapa manis atau tertib (bkn tingkah laku dsb), kurang sopan; ~ mengerti; ~ pasti; ~ percaya; 5. tidak sempurna (terdapat kelemahan dsb), cacat, cela: cerpen itu tidak dapat disiarkan kerana banyak ~nya; 6. Id ditolak, diambil: lima ~ satu tinggal empat; ~ adat tidak sopan; ~ ajar tidak sopan, buruk (kasar) budi pekertinya; ~ akal a) bodoh; b) agak gila; ~ asam bp kurang ajar; ~ bahasa tidak bersopan santun, tidak halus budi bahasanya; ~ beres a) tidak berapa beres; b) agak gila sedikit; ~ darah penyakit atau keadaan tubuh yg lemah disebabkan tidak cukup darah dlm tubuh; ~ fikir tidak difikirkan (dikaji) betul-betul; ~ hati tidak berminat; ~ ingat a) tidak berapa ingat; b) kurang hati­-hati, kurang berjaga-jaga; ~ jadi tidak berapa banyak atau memuaskan buahnya atau hasilnya (bkn pokok buah-buahan, padi, dll); ~ jantan pengecut, penakut; ~ lebih = lebih ~ kira-kira, di sekitar (sesuatu angka dll); ~ makan (minum, tidur, dsb) tidak cukup makan (minum, tidur, dsb); ~ periksa tidak tahu (sesuatu perkara, keadaan, dsb); ~ sara Kl agak gila sedikit; ~ tenaga a) tidak mempunyai tenaga atau kekuatan; b) tidak cukup pekerja; ~ terima (penerimaan) tidak berapa menyambut baik (tidak berterima kasih), tidak senang; ~ umur belum cukup umur, belum mencapai umur yg ditentukan (utk sesuatu); ~ kerat, rengkuh yg lebih prb usaha tiada seberapa, hanya cakap yg lebih; ~ tambah-menambah, senteng bilai-membilai prb sesuatu pekerjaan hendaklah dikerjakan ber­sama-sama (dgn bergotong-royong) supaya sempurna; kurang-kurang 1. sekiranya kurang (tidak cukup atau memadai), jika tidak: ~ laku barang ini rugi besar nanti; 2. sangat kurang, makin kurang: ~ dikerah orang, lebih-lebih ia hendak datang; sekurang-kurangnya 1. paling kurang, yg tersedikit, serendah-rendahnya: perbelanjaan yg diperlukan utk melaksanakan rancangan itu ~ satu juta ringgit; kebanyakan penduduk di sini memiliki bendang ~ tiga ekar tiap-tiap satu keluarga; 2. setidak-tidaknya: bagaimana kejam sekali pun mereka, ~ tentu mempunyai belas kasihan terhadap seorang bayi; berkurang menjadi kurang, bertambah (makin) sedikit atau susut drpd sebelumnya, bertambah sembuh (penyakit): pd ketika itu tamu sudah mulai ~ kerana hari sudah jauh malam; penyakitnya ~ sesudah ia berehat; mengurang menjadi kurang (susut); mengurangi menjadikan berkurang (kerap­nya, derasnya, hebatnya, dll), menyusuti: sebuah motokar di sisiku tiba-tiba ~ kecepatan, hampir ia berhenti; mengurangkan 1. menjadikan kurang, me­nyusutkan, memotong (menjadikan sedikit): rancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yg menganggur; langkah-langkah kesihatan telah diambil utk ~ bahaya penyakit; 2. memotong (mengambil, me­nolak) dr (sesuatu jumlah dsb): harganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai; terkurang kurang banyak (kuat, lama, dll) drpd, tersedikit drpd: daya tarikan bumi di Madras, India, adalah ~ sedikit drpd tarikan bumi di Honolulu, Hawai; sel-sel darah putih itu jauh ~ jumlah bilangannya drpd sel-sel darah merah; kekurangan 1. tidak (tidak cukup) mem­punyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu; kekurang...an perihal (keadaan) kurang ...: kekurangajaran, kekurangsenangan, berkekurangan mempunyai kekurangan: hidupnya tidak ~ dan dapat dikatakan senang juga; perkurangan perihal berkurang; pengurangan perihal atau perbuatan me­ngurangi (mengurangkan), penyusutan: ~ tentera tidak mungkin dapat dilakukan selagi keadaan belum aman; pengurang Id bilangan (angka) utk mengu­rangi.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas