cari dan ganti(find and replace) | Tindakan menyemak dokumen secara automatik untuk mencari rentetan aksara yang ditentukan. Apabila ditemui, rentetan tersebut akan digantikan dengan rentetan yang baru. | Kamus Komputer |
rentetan | rangkaian beberapa benda yg dikaitkan; deretan: ~ peristiwa; ~ bunyi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rentetan | 1. rangkaian, untaian: ~ kata; rondo ialah satu ~ bunyi yg berulang-ulang dimainkan; ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturutan (satu demi satu); 2. deretan, runtunan, siri: se~ dgn itu ia melengking sambil berdiri; 3. bunyi senapang dll yg berturut-turut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rentetan aksara(character string) | Jujukan atau kumpulan aksara yang disusun dalam satu baris panjang. | Kamus Komputer |
rentetan(string) | Jujukan susunan aksara, perkataan, atau unsur yang bersambungan. | Kamus Komputer |
rentetan | rangkaian beberapa benda yg dikaitkan; deretan: ~ peristiwa; ~ bunyi. | Kamus Pelajar |
rentetan kosong(empty string) | Pemboleh ubah rentetan yang tidak mempunyai sebarang aksara di dalamnya. | Kamus Komputer |
penjeraitan(concatenation) | Penggabungan atau pencantuman dua rentetan aksara atau lebih menjadi satu rentetan tunggal. | Kamus Komputer |
nyahjerait(decatenate) | 1. Tindakan membuka atau memburaikan satu rentetan kepada dua atau tiga rentetan kecil. 2. Tindakan memburaikan baris paparan daripada baris paparan seterusnya atau sebelumnya. | Kamus Komputer |
jeraitan(concatenate) | 1. Tindakan menggabungkan atau mencantumkan dua rentetan aksara atau lebih menjadi satu rentetan tunggal. 2. Tindakan mencantumkan baris paparan dengan baris paparan seterusnya atau dengan baris paparan sebelumnya. | Kamus Komputer |