kedut I | kerut (pd kulit dll), renyuk-renyuk (pd kain, kertas, dll), ropol (pd kain); berkedut berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya mengham-pirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; mengedut menjadi berkedut (berkerut, berlipat-lipat, beropol-ropol); mengedutkan menjadikan berkedut atau berlipat-lipat (kulit dll), mengerutkan (kulit dll), meropolkan (kain dll): ia duduk termenung, sambil ~ dahinya memikirkan perkara tersebut; kedutan lipat-lipatan (pd kulit, kain, dll), renyuk-renyuk (pd kertas dll): jahitan pd ~ kain itu hendaklah teguh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpesuk-pesuk | 1. berlekuk-lekuk, renyuk-renyuk: ~ songkoknya; 2. berlubang-lubang, bocor-bocor; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedutan | lipat-lipatan (pd kulit, kain, dll), renyuk-renyuk (pd kertas dll): jahitan pd ~ kain itu hendaklah teguh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kertas II | bunyi spt kertas diramas-ramas (direnyuk-renyuk), kertus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesuk | 1. lubang kemik, lekuk (pd talam dll): ~ kopiahnya; 2. tembus, bocor (atap, tikar, dll): jika tikar ~, barang dua tiga lubang, tiada dipakainya; berpesuk-pesuk 1. berlekuk-lekuk, renyuk-renyuk: ~ songkoknya; 2. berlubang-lubang, bocor-bocor; memesukkan menjadikan pesuk (kemik), melubangkan: ada yg ~ dinding, ada yg memanjat pagar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peronyok | tidak licin (bkn kain, kertas dll); renyuk. memeronyokkan meramas-ramas kertas dll supaya renyuk. terperonyok telah renyuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peronyok | tidak licin (bkn kain, kertas dll); renyuk. memeronyokkan meramas-ramas kertas dll supaya renyuk. terperonyok telah renyuk. | Kamus Pelajar |
renyuk | tidak licin (bkn kain, kertas dll); berkerut-kerut; berkerumuk; kumal: Jangan duduk di atas kain yg bergosok itu, nanti kain itu ~. merenyukkan menjadikan berkerut-kerut; mengumalkan: Dia ~ gambar itu lalu membuangnya ke dlm bakul sampah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
renyuk III | Mn rentak, sentak; serenyuk serentakan: tidak semena-mena ribut datang ~; merenyuk 1. = dgn ~ dgn serta-merta berdiri (kerana marah dll); 2. = merenyukkan menyentakkan, merentak (merenggut, merengkah) dgn kuat-kuat (cepat-cepat): jangan direnyukkan tali kekang kuda itu; 3. = merenyukkan mengunjukkan (memberikan) dgn marah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renyuk II | Mn rajuk; merenyuk merajuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |