Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata repang;


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
repangtidak tinggi rendah; rata (spt dipangkas); pepat: Giginya ~. berepang telah dipangkas atau dipotong supaya rata: Rambutnya yg ~ pendek mudah diurus. merepang memangkas supaya rata; memepat supaya rata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
repangpapak atau rata (dipangkas), pepat: cucur atap yg ~; gigi yg ~; berepang (telah) direpang: rambutnya yg ~ pendek memang senang diurus; merepang memangkas rata-rata, memepat rata-rata, meratakan, menyamakan (hujung­nya): buluh itu direpang supaya rata; merepangkan merepang utk: dia ~ ibunya tepi kain yg berumbai-rumbai itu agar kelihatan lebih kemas; perepangan perihal (perbuatan, proses dsb) merepang.Kamus Dewan Edisi Keempat
repangtidak tinggi rendah; rata (spt dipangkas); pepat: Giginya ~. merepang memangkas supaya rata; memepat supaya rata.Kamus Pelajar
asah Igosok (utk menajamkan, meratakan, me­licinkan, dll): ~ bulat, ~ lentik, ~ papan, ~ repang, ~ runcing, ~ sayap kumbang (cara-cara mengasah gigi); calak-calak ganti ~ prb barang apa yg dipakai utk sementara sebelum ada yg lebih baik;berasah sudah diasah, sudah digosok (dicanai dsb);mengasah 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai, menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan, melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~ kecenderung­an seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan; ~ bakat memupuk dan mengem­bangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb); ~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga;asahan 1. yg telah diasah; 2. yg digunakan utk mengasah: batu ~;pengasahan perihal (perbuatan dll) mengasah;pengasah 1. alat utk mengasah; 2. orang yg mengasah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas