resan | = meresan 1. berasa sakit hati oleh kata-kata dll orang lain, berasa tersindir: ~ benar ia apabila orang-orang itu menoleh kepadanya tatkala ia lalu di situ; ~ hatinya kerana diejek; 2. Kd berasa tidak senang hati terhadap (kelebihan) orang lain, berasa cemburu (dengki, iri hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kunyit I | sj tumbuhan (rizomnya dijadikan bahan pencelup dan rempah), Curcuma domestica (longa); beras (nasi) ~ beras (nasi) yg kuning warnanya (kerana dibubuh air kunyit); ~ bolai sj tumbuhan (herba), bolai, bongelai, Zingiber cassumunar; ~ jawa sj tumbuhan (pokok renek), jarak belanda, kesum, kesumba keling, Bixa orellana; ~ teras hitam sj tumbuhan (herba), bersih hitam, lampoyang hitam, Zingiber ottergii; bagai ~ dgn kapur prb lekas atau mudah berlaku (mesra, berpadu, dll); kuning oleh ~, hitam oleh arang prb orang yg tidak berpendirian tetap dan dapat dihasut (dipengaruhi) oleh orang lain; tidak resan ~ resan serai prb tidak ada perhubungan keluarga antara dua orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rasan III | ® resan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |