resit | surat rasmi yg menyatakan bahawa wang, barang dll sudah diterima. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
resit muatan | = surat ~ Id surat keterangan bkn barang-barang yg dikirim dgn kapal dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resit | sepotongan kertas bertulis yg mengesahkan atau mengakui penerimaan sesuatu bayaran atau barangan; buku ~ buku yg mengandungi helai-helai resit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat tanda | surat bukti atau pengakuan (resit, sijil, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuitansi | IB surat tanda sudah menerima (wang), resit: kalau tidak dibayarnya wang itu koyakkan saja ~ ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat bahari | ark surat yg mengesahkan penerimaan, resit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat resi | Id surat pengakuan pene-rimaan, tanda penerimaan, resit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resi II | = surat ~ Id surat pengakuan pene-rimaan, tanda penerimaan, resit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sah I | 1 tidak salah dr segi undang-undang dll; dibenarkan atau diluluskan oleh undang-undang dll: Resit ini tidak ~ kerana tidak bersetem. 2 sempurna perbuatannya kerana menurut hukum atau syarat-syaratnya; tidak batal: Kalau meneguk air dgn sengaja, walaupun setitik, tidak ~lah puasanya. 3 tidak salah lagi; benar; nyata: Khabar yg diceritakannya itu memang ~. mengesahkan menjadikan atau mengakui sah; membenarkan: Pihak polis telah ~ penangkapan dua orang tokoh politik itu. pengesahan perbuatan atau hal mengesahkan; pengakuan sudah sah: Surat ~ pelantikan pegawai itu sudah diterima. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rasmi | disahkan oleh kerajaan atau yg berkuasa, (yg) diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll: bahasa ~; ejaan ~; kenyataan ~; pakaian ~; resit ~; tugas ~; upacara ~; rasmi-rasmian bersifat rasmi: majlis yg ~; merasmikan mengisytiharkan (melantik, menentukan, menetapkan, mengesahkan, dll) dgn rasminya: ~ pameran lukisan; ~ pembukaan sekolah; kerasmian perihal rasmi: bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~ dan keilmuan; perasmian pengisytiharan (pelantikan, penentuan, penetapan, pengangkatan, pengumuman, dll) yg rasmi: masa transisi sesudah ~ ejaan itu akan mengurangi kerugian yg mungkin dideritai; ~ lantikan panitia Bahasa Melayu-Indonesia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |