setu I | Jw, sl berkat, pesona, restu; menyetui memberi restu (berkat), mempesona (dgn kata-kata hikmat dll): disetui baginda semoga Jayeng Kesoma tiada makan oleh senjata; maka Raden Galoh pun disetui oleh Betara Kala, maka berubahlah rupanya laki-laki; penyetu orang (binatang) yg telah direstui. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
restu | 1. berkat dan perkenan drpd Allah yg mendatangkan kebaikan kpd seseorang atau manusia: berdoa memohon ~ drpd Ilahi; kejayaan itu hanyalah dgn ~ Allah; 2. persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yg lain melakukan sesuatu, kebenaran, keizinan: si anak mendapat ~ drpd ibunya; baginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yg akan dilakukan tidak akan sempurna; 3. sl pengaruh baik atau buruk, guna-guna, jampi, mentera; merestui 1. mengurniakan kebaikan, kesejahteraan atau rahmat kpd: saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yg terbabit dan menerima ibadah mereka sbg haji mabrur; selepas bersolat, si suami berdoa semoga Allah ~ rumah tangga yg baru dibinanya itu; 2. memberikan persetujuan, kebenaran atau keizinan kpd seseorang atau sesuatu pihak utk melakukan sesuatu dsb, bersetuju dgn, mengizinkan, membenarkan: penubuhan parti itu direstui oleh kerajaan; dr awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami; 3. sl mengenakan pengaruh (guna-guna, jampi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
restu | penyakit hidung (ada bermacam-macam jenis dan biasanya ada hubungannya dgn sifilis). | Kamus Pelajar |
restu | berkat atau rahmat: Dia berdoa memohon ~ drpd Ilahi. merestui memberi restu kpd; memberkati. | Kamus Pelajar |
restu | 1 berkat atau rahmat: Dia berdoa memohon ~ drpd Ilahi. 2 persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan orang atau pihak lain melakukan sesuatu: Dia pergi setelah mendapat ~ drpd ibunya. merestui memberi restu kpd; memberkati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkat | 1. rahmat, restu, sempena: hai anakku, hendaklah kau ingatkan wasiatku ini supaya diberi Allah engkau ~; mengambil ~; 2. dgn pengaruh (akibat, sebab), sbg hasil (manfaat dsb) drpd: dia mencapai kedudukan itu ~ ketekunannya; 3. mujur, berbahagia: dlm bulan puasa yg ~ ini, kita meminta doa kpd Allah; ~ afwah = ~ tuah dgn afwah (tuah); memberkati memberi sempena (rahmat, restu): semoga engkau diberkati Tuhan dlm penghidupanmu; sami itu ~ mereka dgn membaca mantera;keberkatan sesuatu amalan yg mendatangkan berkat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengestu | restu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merestui | memberi restu kpd; memberkati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyetui | memberi restu (berkat), mempesona (dgn kata-kata hikmat dll): disetui baginda semoga Jayeng Kesoma tiada makan oleh senjata; maka Raden Galoh pun disetui oleh Betara Kala, maka berubahlah rupanya laki-laki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merestui | memberi restu kpd; memberkati. | Kamus Pelajar |