restu | 1 berkat atau rahmat: Dia berdoa memohon ~ drpd Ilahi. 2 persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan orang atau pihak lain melakukan sesuatu: Dia pergi setelah mendapat ~ drpd ibunya. merestui memberi restu kpd; memberkati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkat | 1. rahmat, restu, sempena: hai anakku, hendaklah kau ingatkan wasiatku ini supaya diberi Allah engkau ~; mengambil ~; 2. dgn pengaruh (akibat, sebab), sbg hasil (manfaat dsb) drpd: dia mencapai kedudukan itu ~ ketekunannya; 3. mujur, berbahagia: dlm bulan puasa yg ~ ini, kita meminta doa kpd Allah; ~ afwah = ~ tuah dgn afwah (tuah); memberkati memberi sempena (rahmat, restu): semoga engkau diberkati Tuhan dlm penghidupanmu; sami itu ~ mereka dgn membaca mantera;keberkatan sesuatu amalan yg mendatangkan berkat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
restu | 1. berkat dan perkenan drpd Allah yg mendatangkan kebaikan kpd seseorang atau manusia: berdoa memohon ~ drpd Ilahi; kejayaan itu hanyalah dgn ~ Allah; 2. persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yg lain melakukan sesuatu, kebenaran, keizinan: si anak mendapat ~ drpd ibunya; baginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yg akan dilakukan tidak akan sempurna; 3. sl pengaruh baik atau buruk, guna-guna, jampi, mentera; merestui 1. mengurniakan kebaikan, kesejahteraan atau rahmat kpd: saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yg terbabit dan menerima ibadah mereka sbg haji mabrur; selepas bersolat, si suami berdoa semoga Allah ~ rumah tangga yg baru dibinanya itu; 2. memberikan persetujuan, kebenaran atau keizinan kpd seseorang atau sesuatu pihak utk melakukan sesuatu dsb, bersetuju dgn, mengizinkan, membenarkan: penubuhan parti itu direstui oleh kerajaan; dr awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami; 3. sl mengenakan pengaruh (guna-guna, jampi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
doa | 1. permohonan (permintaan) kpd Tuhan: ~ Aini supaya Murad berbahagia dlm hidupnya; 2. kebaikan (yg dipinta) dgn restu drpd Tuhan: dia memohon ~ agar anaknya lulus dlm peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia; 3. potongan ayat terutama drpd Quran (hadis dsb) yg dibaca utk memohon sesuatu kebaikan drpd Tuhan: setiap kali selepas sembahyang, dia membaca berbagai-bagai ~; ~ arwah doa yg dibaca (sewaktu sembahyang mayat dll) utk orang Islam yg telah meninggal dunia dan ditujukan juga kpd orang-orang yg masih hidup; ~ musafir doa yg dibaca (oleh orang Islam) sewaktu dlm perjalanan supaya dijauhkan drpd sebarang kemalangan dsb; ~ panjang umur doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk memohon kpd Tuhan supaya dilanjutkan usia; ~ pendinding doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk menjauhkan diri drpd bahaya; ~ pengasih jampi utk membuat orang kasih pd kita; ~ restu doa (permintaan) yg diharapkan mendapat berkat drpd Tuhan; ~ selamat = ~ kesyukuran doa kerana mengucap syukur kpd Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat; ~ tolak bala doa yg dibaca selepas bersembahyang utk meminta kpd Tuhan supaya dijauhkan drpd sebarang bala (spt wabak penyakit dsb); berdoa, mendoa meminta (memohon) kpd Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa: bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kpd Tuhan; aku ~ semoga Tuhan mendekatkan aku kpd kebaikan dan menjauhkan aku drpd kejahatan; mendoakan memohonkan sesuatu kpd Tuhan: aku ~ semoga kau berbahagia selalu; dia sentiasa ~ keselamatan anak-anaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keramat | 1. kemuliaan (iaitu anugerah Allah kpd hamba-Nya yg dikasihi); 2. suci dan berkat drpd kemuliaan seseorang sehingga menyebabkan doanya diperkenankan Allah (spt penyembuhan penyakit dan perlindungan Allah): makam Habib Noh di Singapura diziarahi orang kerana dianggap makam yg ~; 3. tempat atau sesuatu yg suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat: banyak orang yg pergi ke ~ utk meminta sesuatu dan bernazar; minta ~ minta berkat (restu) dr tempat yg keramat; 4. orang yg sangat warak, orang yg benar-benar soleh: jikalau sungguh mati Chau Pandan, sungguhlah tuan ~; ~ hidup orang yg berperangai baik, ikhlas, dan jujur serta tidak suka melakukan sesuatu yg menyakiti hati orang; mengkeramatkan menjadikan (menganggap) spt keramat, meletakkan pd kedudukan yg amat disanjung; kekeramatan sifat keramat, kesucian dan keberkatan: Pawang Kri masih percaya kpd ~ manteranya utk menewaskan buaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |