Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
riba (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan faedah, bunga, renten.,

Puisi
 

Sungguh harum melati di taman,
     Ditiup angin jatuh ke riba;
Biar hilang nyawa dan badan,
     Namun cinta tetap tak lupa.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
komputer riba(laptop computer)Komputer kecil mudah alih yang boleh digunakan dengan selesa walaupun diletakkan di atas riba.Kamus Komputer
pangku, = pangkuan1 bahagian badan dr pinggang ke lutut ketika seseorang duduk bertimpuh atau bersila; riba: Anak itu datang berlari-lari lalu duduk di atas ~ ibunya. 2 lengan yg dibengkokkan ke depan utk membawa atau utk mendukung sesuatu: Bayi itu terlena di atas ~ ibunya. memangku 1 meletakkan di atas riba serta memegangnya; meriba: Dia ~ anak itu dan menciumnya. 2 membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (ke depan): Beliau ~ isterinya lalu masuk ke kereta ambulans itu. 3 memegang sesuatu jawatan utk sementara; menjadi sbg wakil atau wali: Lima tahun dia ~ sultan yg masih kecil itu. 4memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab: Siapa yg ~ jawatan itu sekarang ini? pemangku 1 orang yg memegang sesuatu jawatan. 2 orang yg menjadi wakil utk melakukan sesuatu.Kamus Pelajar
pemerasanperbuatan (hal) memeras: Riba adalah satu cara terhadap orang yang menderita. Kamus Pelajar
memangku1 meletakkan di atas riba serta memegangnya; meriba: Dia ~ anak itu dan menciumnya. 2 membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (ke depan): Beliau ~ isterinya lalu masuk ke kereta ambulans itu. 3 memegang sesuatu jawatan utk sementara; menjadi sbg wakil atau wali: Lima tahun dia ~ sultan yg masih kecil itu. 4 memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab: Siapa yg ~ jawatan itu sekarang ini?Kamus Pelajar
mengharuskan1. menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan:Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2. menjadikan patut atau elok:Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih.Kamus Pelajar
menghalalkanmembolehkan (membenarkan) sesuatu mengikut undang-undang Islam; dibenarkan oleh syarak: Allah ~ jual beli dan mengharamkan riba.Kamus Pelajar
peras; memeras1 meramas sesuatu supaya keluar airnya dll; memerah: ~ susu lembu. 2 mengambil untung banyak-banyak drpd orang lain; menindas: Sekarang mereka tidak dpt lagi ~ kaum tani. 3 = ~ ugut meminta wang dll dgn ugutan: Dia telah ditangkap kerana ~ seorang pekedai kecil. pemerasan perbuatan (hal) memeras: Riba adalah satu cara terhadap orang yang menderita. perasan sedar atau tahu akan berlakunya sesuatu dll: Saya tidak ~ bila dia sampai.Kamus Pelajar
harus1. boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2. boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3. berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1. menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2. menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1. keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2. keadaan mungkin; kemungkinan:~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3. sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharusnya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu.Kamus Pelajar
halal1. dibolehkan (melakukan sesuatu) oleh undang-undang Islam; tidak ditegah oleh syarak; tidak haram: Daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam. 2. diperoleh atau dibuat dgn jalan yg sah atau jujur: harta ~ harta yg diperoleh secara jujur; anak ~ anak yg sah. 3. direlakan (diberikan dgn suka hati); telah jelas atau lunas (hutang dll): Segala pemberiannya kpd mangsa-mangsa itu adalah ~. Saya harap hutang itu ~lah dunia akhirat. menghalalkan membolehkan (membenarkan) sesuatu mengikut undang-undang Islam; dibenarkan oleh syarak: Allah ~ jual beli dan mengharamkan riba.Kamus Pelajar

Kembali ke atas