rima | keselarasan bunyi pd perkataan atau pd suku kata terakhir dlm sesuatu rangkap (mis pantun). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rima I | bunyi yg sama pd huruf akhir atau kata akhir dlm sesuatu rangkap (spt dlm gurindam).rima II (Ast) rekahan yg kelihatan di permukaan planet atau satelit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tolak ansur | saling memberi dan menerima. bertolak-ansur bersikap mahu berlebih kurang; bersikap mahu saling memberi dan menerima. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penerimaan | 1. perihal (perbuatan dsb) menerima, penyambutan: bayaran dan ~ barang-barang yg dibeli; 2. sambutan, nilaian, penghargaan: bagaimana pendapat saudara tentang ~ rakyat kami terhadap rombongan kebudayaan saudara? 3. keizinan (masuk dll), kebenaran: beliau meminta supaya dihentikan ~ murid-murid darjah satu; 4. sikap terhadap, anggapan terhadap, tanggapan: janganlah tuan takut dan ngeri kpd kakang dan janganlah tuan salah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pensiunan | (orang) yg sudah bersara (menerima pensiun). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
si pangkal | Mn tuan rumah (penerima tetamu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
si pangkal helat | Mn tuan rumah (penerima tetamu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saham | syer dlm sesuatu badan perniagaan dll yg melayakkan pemiliknya menerima dividen, mengundi dan mempunyai hak milik yg berkadar dgn jumlah yg dimilikinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tuan-tuan | sekalian orang yg hadir dlm sesuatu keramaian, majlis dll: Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menumpukan | 1. menekankan (tapak kaki dll) pd, menunjalkan pd: ia ~ kakinya di batu sebelum melompat ke tebing; 2. tidak menerima, menolak (permohonan dll); 3. meninggalkan (negeri dll): ~ kampung halaman; 4. menyandarkan atau mendasarkan (pendapat dll) pd, mengasaskan: ia ~ pendapatnya itu pd beberapa dalil yg boleh dipercayai; 5. memberi sokongan kpd, menolong, menumpu, menyokong, menunjang: pasukan kawalan kampung sentiasa bersiap sedia utk ~ pasukan keselamatan menjaga keamanan negara; 6. memberi segenap tenaga (perhatian, minat, dll) pd, memusatkan (perhatian dll) pd: mahasiswa-mahasiswa diharapkan supaya ~ masa dan tenaga mereka kpd pelajaran dan kuliah mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |