Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rin.du.me.rin.du.i] | ريندو-مريندوءي

Definisi : saling berasa rindu: tentu­nya mereka ~ ketika berjauhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rindu-merindui


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rindu-merinduisaling berasa rindu: tentu­nya mereka ~ ketika berjauhan;Kamus Dewan Edisi Keempat
rindu I1 (berasa) sangat ingin hendak pulang atau hendak bertemu dgn seseorang: Terlalu ~ baginda akan anakandanya. 2 = ~ dendam perasaan sangat cinta atau kasih kpd: ~nya terhadap gadis itu sudah lama terpendam dlm hatinya. merindu menjadi rindu; menanggung rindu. merindui berasa rindu akan: Dia ~ anak-anaknya di kampung. merindukan membangkitkan atau menimbulkan rasa rindu: Nyanyian yg merawankan dan ~ hati. kerinduan keinginan hendak berjumpa dgn orang yg dikasihi dll; rasa rindu. perindu 1 orang yg menanggung rindu. 2 sesuatu yg membangkitkan rasa rindu: buluh ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rindu I1. ingin benar akan sesuatu atau ber­jumpa dgn seseorang: ia selalu ~ akan pa­kaian yg indah-indah; terlalu sangat ~ baginda akan anakanda baginda; ~ akan kampung halaman; 2. = ~ berahi = ~ dendam = ~ rawan perasaan sangat cinta atau berahi pd seseorang: sayang sekali ~ dendam itu telah menyeksa hatinya; melepaskan ~ men­curahkan perasaan cinta kasih; menanggung ~ menaruh cinta kasih; merindu 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang ~ sahaja lagaknya; 2. ber­nyanyi-nyanyi kerana rindu, ber­senandung kerana rindu; merindui mempunyai keinginan yg sangat kuat utk bertemu dgn seseorang atau men­dapatkan sesuatu dsb, yg sentiasa berada dlm ingatan, kenangan dsb: orang tua itu ~ anak cucunya; saat itu aku begitu ~ belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yg tidak akan kutemui lagi di dunia ini; yg pastinya, mereka tetap ~ masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga; rindu-merindui saling berasa rindu: tentu­nya mereka ~ ketika berjauhan; merindukan 1. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: nya­nyi­­an yg merawankan dan ~ hati; 2. me­naruh rindu akan: spt pungguk ~ bulan; rinduan 1. sesuatu yg dirindukan; 2. orang yg dirindukan, kekasih: gadis tunggal ~nya dirampas orang; kerinduan perihal rindu (rasa rindu, ke­inginan dan harapan akan berjumpa, dll): ~ tidak akan ada lagi apabila mata ber­ten­tangan; perindu orang yg menanggung rindu.Kamus Dewan Edisi Keempat
merinduiberasa rindu akan: Dia ~ anak-anaknya di kampung.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas