rumusan | 1 ringkasan drpd apa-apa yg telah dibicarakan; kesimpulan; inti keseluruhannya: Mereka membuat beberapa ~ dlm pertemuan itu. 2 ringkasan perkataan atau kumpulan perkataan (spt DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka); kependekan; huruf potong. 3 ringkasan hukum atau formula dlm matematik, ilmu kimia dll yg dilambangkan oleh huruf, angka dll: ~ kimia utk air ialah H20. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rumus | , = rumusan 1 ringkasan drpd apa-apa yg telah dibicarakan; kesimpulan; inti keseluruhannya: Mereka membuat beberapa ~ dlm pertemuan itu. 2 ringkasan perkataan atau kumpulan perkataan (spt DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka); kependekan; huruf potong. 3 ringkasan hukum atau formula dlm matematik, ilmu kimia dll yg dilambangkan oleh huruf, angka dll: ~ kimia utk air ialah H20. merumuskan 1 membuat rumusan ttg sesuatu; menyatakan dgn ringkas dan tepat ttg sesuatu: Perkara itu dirumuskan dgn teliti. 2 meringkaskan perkataan dll; memendekkan: Mereka ~ Universiti Kebangsaan Malaysia dgn UKM saja. 3 menyatakan sesuatu hukum dll dgn rumus: Hukum Boyle dpt dirumuskan secara hisab. perumusan perihal (perbuatan) merumuskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesimpulan | 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhannya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pendapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanakkanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senario | (sénario) 1. ringkasan plot sesuatu drama dll termasuk maklumat tentang watak, adegan, dll; 2. urutan peristiwa serta perkem-bangannya yg diramalkan berlaku: jikalau ini ~nya, maka kesimpulannya boleh dibuat bahawa kehadiran Soviet di Afghanistan akan berlarutan, malah mungkin berkekalan; Sukan Olimpik mungkin akan mendatangkan ~ baru di Semenanjung Korea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ringkas | 1. tidak banyak mengambil tempat (kecil): lipat baju itu supaya ~; 2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dll): laporan yg ~; penerangan ~ diberikan kpd semua pegawai; jalan ~ jalan yg singkat; huruf ~ kependekan (singkatan); ~nya pendeknya; ~ tegas = tegas ~ pendek dan padat (keterangan dll); 3. tidak banyak olahnya (bicaranya dsb), tidak cerewet: orangnya ~ dan mudah diajak berunding; meringkaskan 1. menjadikan ringkas, menjadikan kecil supaya tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dll), mengikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan; ringkasan 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan; keringkasan perihal, keadaan atau sifat ringkas: pentingnya bahan ini terletak pd kepelbagaian dan ~nya; peringkasan perihal meringkaskan: kerana hakikat ini, wujud ~ barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rumus, = rumusan | 1 ringkasan drpd apa-apa yg telah dibicarakan; kesimpulan; inti keseluruhannya: Mereka membuat beberapa ~ dlm pertemuan itu. 2 ringkasan perkataan atau kumpulan perkataan (spt DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka); kependekan; huruf potong. 3 ringkasan hukum atau formula dlm matematik, ilmu kimia dll yg dilambangkan oleh huruf, angka dll: ~ kimia utk air ialah H20. merumuskan 1 membuat rumusan ttg sesuatu; menyatakan dgn ringkas dan tepat ttg sesuatu:Perkara itu dirumuskan dgn teliti. 2 meringkaskan perkataan dll; memendekkan: Mereka ~ Universiti Kebangsaan Malaysia dgn UKM saja. 3 menyatakan sesuatu hukum dll dgn rumus: Hukum Boyle dpt dirumuskan secara hisab. perumusan perihal (perbuatan) merumuskan. | Kamus Pelajar |
ringkasan | 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
resume | (résumé) 1. IB ringkasan (ikhtisar); 2. keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya, dsb seseorang, biasanya disertakan utk memohon sesuatu pekerjaan; meresumekan meringkaskan, mengikhtisarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kependekan | 1 keadaan pendek. 2 singkatan atau ringkasan drpd sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan: AMN ialah ~ Ahli Mangku Negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
previu | /préviu/ 1 pratonton. 2 laporan atau ringkasan ttg sesebuah filem, drama dsb yg disediakan sebelum filem atau drama tsb ditayangkan atau dipersembahkan kpd orang ramai: Kami berpeluang membaca ~ filem yg akan ditayangkan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |