ringkik | bunyi kuda yg bunyinya kuat, langsing dan panjang, biasanya apabila dlm keadaan ketakutan atau teruja; meringkik berbunyi ringkik (kuda dll): seekor kuda ~ diiringi uakan beberapa ekor lembu; ringkikan bunyi kuda meringkik, ringkik: beliau berangkat sendirian sambil menajamkan pendengaran kalau-kalau terdengar bunyi ~ kuda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ringkik | bunyi kuda. meringkik berbunyi (ttg kuda). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meringkik | berbunyi ringkik (kuda dll): seekor kuda ~ diiringi uakan beberapa ekor lembu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ringkikan | bunyi kuda meringkik, ringkik: beliau berangkat sendirian sambil menajamkan pendengaran kalau-kalau terdengar bunyi ~ kuda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tengking | 1 bunyi yg nyaring, spt bunyi ringkik kuda. 2 suara yg tinggi dan keras, spt suara orang marah: ~ herdik segala macam hamun dan bentak. menengking 1 bercakap dgn suara yg keras. 2 memarahi orang dgn suara yg keras; mengherdik: Dia ~ kulinya kerana tidak mengikut arahannya. tengkingan suara atau kata-kata utk menengking; bentakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tengking | 1. bunyi yg nyaring dan keras (spt bunyi ringkik kuda dll); 2. suara yg tinggi dan keras (suara orang marah, membentak, dll), bentak: abang Anuar selalu kena ~, marah dan hamun kalau dia tidak dapat menjawab soalan ayah; ~ herdik bermacam-macam bentak dan hamun, berbagai-bagai herdikan; bertengking 1. berkata dgn suara yg tinggi dan keras (membentak-bentak, mengherdik, dll); 2. bertengkar, berbantah; menengking 1. berkata-kata dgn suara yg keras; 2. memarahi dgn suara yg keras, membentak, mengherdik: janganlah ditengking herdik dia kerana kesalahan yg kecil; tengking-menengking saling menengking; tengkingan kata-kata yg kasar dan keras, bentakan, herdikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tengking | 1 bunyi yg nyaring spt bunyi ringkik kuda dll. | Kamus Pelajar |
mendompak | berdiri atau melonjak-lonjak di atas kaki belakang dgn kaki depan diacu-acukan (bkn kuda), mendongkak: seekor kuda ~ sambil meringkik-ringkik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dompak | ; berdompak lompat-melompati serta tendang-menendang (sewaktu berkelahi, berjuang, dsb); mendompak berdiri atau melonjak-lonjak di atas kaki belakang dgn kaki depan diacu-acukan (bkn kuda), mendongkak: seekor kuda ~ sambil meringkik-ringkik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |