rintangan | sesuatu yg merintang; halangan; gangguan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rintangan | sesuatu yg merintangi, halangan, gangguan: tiadanya pendidikan yg mustahak ini akan menjadi ~ besar utk kanak-kanak melanjutkan pelajaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gendala | halangan, rintangan, aral: sudah kami tating-tating dan sudah kami kaji buruk-baiknya, tidak ada apa-apa ~nya anakanda diperumahkan; menggendalakan menyebabkan ada gendala (halangan, rintangan, aral), menghalanghalangi, merintangi: kesukaran memperoleh bahan-bahan mungkin akan ~ pekerjaan; tergendala terhalang, tertahan (pekerjaan, perjalanan, dll): kalau anaknya yg kecil itu bangun kerjanya akan ~; kegendalaan 1. sesuatu yg menggendalakan (melambatkan atau menghalang kemajuan, perjalanan, dsb), halangan: mungkin ada sesuatu ~ di jalan; 2. keadaan tergendala (terhalang kemajuan dll): projek yg dirancang di Jalan Damansara sedang menghadapi ~ yg lama, terutamanya dr segi perolehan ta-pak bangunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sandung II | ; menyandung melanggar sesuatu (dgn kaki); tersandung 1. terlanggar atau terhantuk (kaki) pd sesuatu: kakiku ~ pd sebatang akar getah; 2. ki mendapat sesuatu rintangan (ke-susahan dll); sandungan = batu ~ rintangan (galangan, halangan, dll); sadung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halang | ; menghalangi, menghalang-halangi, menghalang merintangi, menahan, menyekat menegah: beting pasir ~ air mengalir ke laut; kerana banyak sangat perkara yg menghalang maka pertemuan itu ditangguhkan; menghalangkan meletakkan sesuatu melintang; terhalang mendapat rintangan (halangan dll), tertahan (tertegah, terganggu, terhambat): pembinaan jalan ~ kerana musim hujan; halangan 1. aral, gangguan, rintangan, tegahan: biasanya yg menjadi ~ dlm menjalankan pekerjaan tangan ialah kekurangan perkakas; 2. baluk (batang kayu dll) yg merintangi jalan, sungai dll, beting pasir yg melintang di kuala sungai: segala ~ di jalan telah dimusnahkan; berhalangan 1. mendapat aral (rintangan), menghadapi atau mengalami sesuatu yg menghalang (seseorang dll): jika tidak ~, esok saya akan datang; 2. sedang dlm keadaan berselisih (bermusuhan); penghalang sesuatu (alat atau orang) yg menghalang, penyekat, perintang, dll: anak-nyalah yg menjadi ~; batu ~ sesuatu yg menjadi perintang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabir besi | rintangan yg dianggap sbg penghalang pertukaran fikiran atau sbg penghalang penyebaran berita secara bebas antara negara yg di bawah kuasa komunis dgn negara lain di dunia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hambatan | halangan; rintangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
batu sandungan | rintangan (galangan, halangan, dll); sadung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sandungan | = batu ~ rintangan (galangan, halangan, dll); sadung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kendala | 1. rintangan, halangan, gendala; 2. paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll; 3. sesuatu yg mengekang: ~ kewangan; mengendalakan merintangi, menghalangi: kepercayaan karut ini boleh ~ pembangunan kampung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |