risiko | kemungkinan mengalami kerugian, bahaya dll: Dlm kehidupan sehari-hari, kita sering terdedah kpd berbagai-bagai ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menginsuranskan | melindungi seseorang atau sesuatu drpd risiko, kerugian, dsb dgn insurans: barang-barang itu sudah diinsuranskan drpd segala risiko; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
risiko | 1. kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian: seorang sahaja yg menanggung ~ perniagaan ini; mengambil ~ melakukan sesuatu tanpa mempedulikan kemungkinan-kemungkinan bahaya; 2. akibat atau hasil yg kurang menyenangkan (drpd sesuatu tindakan dll), padah: mogok itu senang tetapi ~nya besar; berisiko mempunyai (menghadapi) risiko (bkn perniagaan, pelaburan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berisiko | mempunyai (menghadapi) risiko (bkn perniagaan, pelaburan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
analisis penyata kewangan | (Eko) penilaian risiko, kredit, atau pelaburan sesebuah organisasi berdasarkan maklumat drpd kunci kira-kira, penyata pendapatan, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aktuari | orang yg pakar memperhitungkan risiko (premium polisi insurans, bayaran dividen, kadar anuiti, dll) utk sesebuah syarikat insurans. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spekulasi /spékulasi/ | pelaburan yg melibatkan risiko yg tinggi tetapi berkemungkinan mendapat untung yg banyak. | Kamus Pelajar |
spekulasi | /spékulasi/ 1 pelaburan yg melibatkan risiko yg tinggi tetapi berkemungkinan mendapat untung yg banyak: Permintaan wang utk tujuan ~ lebih bermotifkan keuntungan. 2 pendapat, kesimpulan, dugaan dll yg tidak berdasarkan kenyataan atau fakta: Itu merupakan ~ yg menjadi cabaran kpd pasukan merah kuning utk membuktikan keunggulannya sbg penyandang Piala Malaysia. berspekulasi membuat spekulasi: Saya tak ingin ~ lebih lanjut lagi ttg perkara itu. menspekulasikan menjadikan sbg bahan spekulasi: Jika ditukarkan dlm mana-mana mata wang sekalipun, emas boleh dispekulasikan. Pernyataan Bersama itu akan membuahkan hasil spt yg dispekulasikan. penspekulasi orang yg membuat spekulasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bon | sijil pelaburan yg dikeluarkan oleh kerajaan atau perbadanan, yg menunjukkan bahawa sejumlah wang telah dipinjamkan dan akan dibayar balik berserta faedah. ~ kerajaan bon yg diterbitkan oleh kerajaan sesebuah negara dan dianggap tidak mempunyai risiko, kpd pemiliknya. ~ syarikat bon yg diterbitkan oleh syarikat perniagaan dan dianggap tidak bebas risiko, kpd pemiliknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemfaktoran | 1. (Eko) kaedah mengambil alih risiko hutang yg belum dibayar dgn mengenakan bayaran perkhidmatan tertentu (biasanya oleh institusi kewangan); 2. (Mat) perbuatan mencari faktor kpd sesuatu nombor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |