Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.bo.han] | روبوهن

Definisi : sisa-sisa rumah (bangunan dll) yg runtuh, runtuhan: madrasah tersebut dibina di atas ~ madrasah yg lama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.bo.han] | روبوهن

Definisi : sisa drpd sesuatu yg telah roboh; runtuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata robohan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
robohansisa drpd sesuatu yg telah roboh; runtuhan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
robohansisa-sisa rumah (bangunan dll) yg runtuh, runtuhan: madrasah tersebut dibina di atas ~ madrasah yg lama;Kamus Dewan Edisi Keempat
rebahan1. robohan, tumbangan; 2. tempat berbaring, pembaringan.Kamus Dewan Edisi Keempat
roboh1 jatuh atau rebah kerana dipukul ribut dll; musnah; runtuh; tumbang: Rumah-rumah di tepi laut itu telah habis ~ dipukul ribut. 2 ki jatuh (dlm berbagai-bagai erti spt bankrap, kalah); luntur (bkn iman atau pendirian). merobohkan 1 meruntuhkan (rumah dll). 2 menumbangkan (pokok dll). robohan sisa drpd sesuatu yg telah roboh; runtuhan. kerobohan keadaan atau hal roboh. perobohan perbuatan atau hal merobohkan: ~ rumah-rumah setinggan telah dijalankan secara berperingkat-peringkat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
roboh1. jatuh ke bawah kerana rosak (rumah, jambatan, tembok, dll), runtuh: rumah-rumah yg tinggal ini habislah ~ dan pecah-pecah; 2. tumbang, rebah (pokok dll); 3. ki jatuh atau runtuh (negara, kekuasaan, dll); 4. ki luntur (iman, pendirian, keyakinan, dll), berkurang; merobohkan 1. meruntuhkan (rumah, tembok, dll); 2. menumbangkan, merebahkan (pokok dll); 3. menjatuhkan (pemerintahan, ke­kua­saan, dll); 4. membinasakan, me­luntur­kan (iman, pendirian, harapan, dll); robohan sisa-sisa rumah (bangunan dll) yg runtuh, runtuhan: madrasah tersebut dibina di atas ~ madrasah yg lama; kerobohan perihal atau keadaan roboh, ke­runtuhan: berita ~ benteng pertahanan medan perang kedua Melayu di Pagoh diterima dgn rasa terkejut dan penuh dukacita oleh Tun Biajid; perobohan perihal atau perbuatan me­roboh­kan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rebah-rebah, rebah-rebahan berbaring-baring (kerana menghilangkan penat dll): dia sedang ~ di anjung rumahnya; merebahkan 1. menjatuhkan, me­numbang­kan: ~ tiang rumah; 2. membaringkan, me­nidurkan: ~ diri di atas pangkin; 3. me­nyem­belih (binatang besar): tahun itu juga per­kahwinan berlangsung, ayah ~ seekor kerbau jantan besar; 4. ki menumbangkan (pe­me­rintah dll), menggagalkan: ~ pemerintah; rebahan 1. robohan, tumbangan; 2. tempat berbaring, pembaringan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas