rojak | 1 makanan yg dibuat drpd hirisan buah-buahan dan sayur-sayuran yg dicampurkan dan diberi berkuah. 2 ki sesuatu yg bercampur aduk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rojak I | 1. sj makanan drpd buah-buahan mentah dan sayur-sayuran campur yg berkuah: ~ manis; ~ ulek; 2. bp sesuatu yg bercampur aduk: eh, ini majalah ~! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencucuk | 1. menusuk (dgn barang yg tajam spt peniti, lidi, pin, dll), menebuk, menikam (dgn keris, pisau, dll), mencacah (dgn jarum): ia masih ~ rojak dgn sebilah garpu; 2. melubangi atau mengeluani (hidung lembu, kerbau, dll); dicucuk orang hidung = spt kerbau dicucuk hidung prb menurut sahaja kemahuan orang (tidak mahu membantah); 3. menyuntik (utk memasukkan ubat dlm badan): utk mencegah penyakit taun, semua orang mesti dicucuk; 4. merangkai-rangkaikan (menganggit) dgn cucuk (tusuk): ~ atap; 5. ki menghasut, mengacum, mengapi-apikan, menimbulkan kemarahan orang: dialah yg ~-orang itu hingga mereka bergaduh; 6. ki menusuk atau masuk ke dlm: bau nasi lemak yg ~ hidung; ~ hati ki a) menyakiti hati; b) memilukan hati; ~ mata a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggasak | 1. melantak, memukul keras-keras: ia digasak oleh lawannya hingga pengsan; 2. menghentam, mengerjakan dgn keras-keras, makan (lari dll) dgn cepat-cepat: biarlah ia ~ sendiri rojak itu; 3. merebut dgn kekerasan: dia yg ~ duit saya dr dlm saku; 4. bk bersetubuh dgn (perempuan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gasak | bp ikut suka (hati), biar (utk melakukan sesuatu), lantak;menggasak 1. melantak, memukul keras-keras: ia digasak oleh lawannya hingga pengsan; 2. menghentam, mengerjakan dgn keras-keras, makan (lari dll) dgn cepat-cepat: biarlah ia ~ sendiri rojak itu; 3. merebut dgn kekerasan: dia yg ~ duit saya dr dlm saku; 4. bk bersetubuh dgn (perempuan);menggasakkan melantakkan, memasukkan (dgn keras): ~ baji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mentah | 1. belum masak (buah-buahan dll), masih muda; 2. tidak masak betul (barang yg dimasak): nasi yg dimasaknya ~; 3. belum dimasak atau direbus (barang makanan), tidak dimasak: rojak biasanya dibuat drpd sayur-sayuran ~; 4. belum sempurna atau mendapat keputusan (mesyuarat, perundingan, dll); 5. belum diolah atau dikerjakan (bahan galian dll), belum diproses (utk dijadikan barang yg lebih sempurna dsb): ekonomi negeri kita ber-gantung pd pengeluaran dan bahan ~, getah dan bijih timah; eksport petroleum ~ juga meningkat 1%; 6. belum sempurna (akal, fikiran, dll), masih belum dewasa atau matang: anak-anak muda yg masih ~ ini akan ter-korban oleh adat masyarakat; mentah-mentah 1. tidak dimasak atau direbus (barang-barang makanan dll): keba-nyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu sahaja, bulatbulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yg berkedudukan baik; kementahan perihal mentah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucuk I | 1. sesuatu yg tajam yg digunakan utk menusuk dll (spt jarum, cuban, penyemat, dll); ~ hidung tali yg ditusukkan pd hidung lembu (kerbau dll), keluan; ~ rambut (sanggul) penyemat rambut, tusuk kondai; 2. penjodoh bilangan utk barang yg ditusuk dgn lidi (tali dll): sepuluh sen se~; enam belas ~ sate; 3. suntik (utk memasukkan ubat dll ke dlm badan): ia menggosok-gosok bekas kena ~; bercucuk; ~ ikan ark berderet rapat-rapat, bersesak-sesak; ~ tanam (tanah) bertani, bekerja menanam tumbuh-tumbuhan di sawah, ladang, dll; mencucuk 1. menusuk (dgn barang yg tajam spt peniti, lidi, pin, dll), menebuk, menikam (dgn keris, pisau, dll), mencacah (dgn jarum): ia masih ~ rojak dgn sebilah garpu; 2. melubangi atau mengeluani (hidung lembu, kerbau, dll); dicucuk orang hidung = spt kerbau dicucuk hidung prb menurut sahaja kemahuan orang (tidak mahu membantah); 3. menyuntik (utk memasukkan ubat dlm badan): utk mencegah penyakit taun, semua orang mesti dicucuk; 4. merangkai-rangkaikan (menganggit) dgn cucuk (tusuk): ~ atap; 5. ki menghasut, mengacum, mengapi-apikan, menimbulkan kemarahan orang: dialah yg ~-orang itu hingga mereka bergaduh; 6. ki menusuk atau masuk ke dlm: bau nasi lemak yg ~ hidung; ~ hati ki a) menyakiti hati; b) memilukan hati; ~ mata a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu; mencucuk-cucuk 1. mencucuk berulang kali: mereka akan ~ lengan mereka dgn anak batu sehingga luka; 2. berasa sakit spt dicucuk-cucuk dgn jarum, duri dsb: bisa di dadanya ~; berasa sakit yg ~; cucuk-mencucuk ki saling menghasut: hindarilah sifat-sifat yg keji dan jijik spt fitnah-memfitnah, ~, dengki-mendengki dsb drpd kehidupan kita; mencucukkan menusukkan, menembuskan, merangkaikan, menyematkan, dll: ~ anak mancis ke dlm cerut; tercucuk tertusuk, tertembus; ~ hidung (mata) prb Mn tertipu kerana kebodohan (spt membeli barang yg tidak elok dgn harga yg tinggi); cucukan hasil perbuatan mencucuk, tusukan; pencucuk 1. cucuk; 2. ki penghasut, pengacum, batu api. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasa I | 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb): ~ Melayu; ~ Tagalog; 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun; kurang ~ kurang sopan; tidak tahu ~ tidak sopan santun; ~ alamiah = ~ tabii bahasa yg digunakan oleh manusia dlm keadaan semula jadi; ~ asing bahasa selain bahasa ibunda, yg biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya; ~ badan = ~ gerak-geri = ~ tubuh cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, berdiri, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan; ~ baku bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, bahasa standard; ~ basahan = ~ hari-hari bahasa yg digunakan dlm percakapan sehari-hari; ~ besar bahasa yg sangat besar bilangan penggunanya di dunia, bahasa yg tergolong antara bahasa-bahasa utama di dunia; ~ buatan a) = ~ rekaan bahasa yg menggunakan peraturan dan gaya yg direka bentuk khusus oleh manusia utk kegunaan tertentu (spt dlm komputer); b) = ~ dunia; ~ dagang bahasa perdagangan; ~ bumiputera bahasa peribumi; ~ daerah loghat daerah; ~ dalam bahasa kehormatan (bahasa yg dipakai di istana); ~ dunia a) bahasa yg dipakai oleh jumlah orang yg amat besar bilangannya di merata dunia (spt bahasa Inggeris); b) = ~ buatan bahasa rekaan yg disyorkan dipakai di seluruh dunia (spt bahasa Esperanto); ~ halus bahasa atau perkataan lain yg lebih lembut yg digunakan utk menggantikan perkataan yg dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (mis meninggal dunia utk menggantikan perkataan mati dsb); ~ hidup bahasa yg masih digunakan (secara aktif) oleh sesuatu masyarakat; ~ ibu (ibunda) bahasa sendiri yg dipakai sejak kecil; ~ ilmu bahasa yg mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi; ~ isyarat cara berkomunikasi yg tidak menggunakan ucapan atau tulisan (sebagaimana yg lazim dlm sesuatu bahasa) tetapi menggunakan gerak isyarat anggota; ~ (kacuk-) kacukan = ~ pasar a) bahasa Melayu spt yg dituturkan oleh orang bukan Melayu yg tidak menguasainya atau spt yg dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dgn orang bukan Melayu yg diketahuinya tidak pandai bertutur dlm bahasa Melayu yg betul; b) bahasa yg berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dgn bahasa kedua yg cuba dituturkannya (biasanya digunakan dlm hubungan perdagangan), pijin; ~ kasar bahasa yg tidak sopan atau tidak manis dituturkan (digunakan); ~ kebangsaan bahasa yg diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dlm sesebuah negara yg mempunyai beberapa bahasa atau loghat yg lain; ~ kedua bahasa yg (sering) digunakan selain bahasa ibunda, bahasa asing yg diketahui atau dapat digunakan oleh seseorang; ~ kesat bahasa kasar yg digunakan utk percakapan atau tulisan yg menyakitkan hati orang lain apabila mendengar atau membacanya; ~ kiasan perkataan atau ungkapan yg digunakan dlm makna yg berlainan drpd makna sebenar atau makna biasa perkataan itu; ~ komputer = ~ pengaturcaraan bahasa buatan utk mengarang atur cara komputer; ~ lisan bahasa spt yg digunakan sewaktu bercakap; ~ mati bahasa yg tidak digunakan lagi (secara aktif) dlm masyarakat; ~ Melayu kuno bahasa Melayu yg digunakan pd zaman dahulu; ~ moden bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan sehingga hari ini, mis bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris; ~ nadaan bahasa yg pola nadanya membentuk sebahagian drpd struktur kata dan bukannya struktur ayat dan bersifat pembeza makna contohnya bahasa Cina dan bahasa Thai; ~ Oceania bahasa yg dituturkan di Australia dan di pulau-pulau Lautan Pasifik; ~ penghantar (pengantar) bahasa yg digunakan sbg alat perhubungan atau komunikasi dlm pengajaran (di sekolah) atau dlm perundingan (mesyuarat dsb); ~ penyatu bahasa persatuan; ~ peraga bahasa utama yg saling melengkapi bahasa kedua (spt bahasa Melayu dgn bahasa Inggeris); ~ perantaraan bahasa yg digunakan dlm perhubungan (percakapan dll) antara orang-orang yg berlainan bahasa ibunda masing-masing (mis kerana berlainan bangsa); ~ percakapan bahasa hari-hari; ~ perdagangan bahasa yg digunakan dlm dunia perdagangan; ~ peribumi bahasa yg dituturkan oleh penduduk asli sesuatu kawasan dan berkembang dlm komuniti berkenaan, mis bahasa Iban; ~ persatuan bahasa yg berperanan penting menyatukan masyarakat, terutamanya dlm masyarakat yg berbilang kaum, budaya, agama dsb; ~ persuratan bahasa yg digunakan dlm penulisan dan karya kesusasteraan; ~ rasmi bahasa pentadbiran kerajaan; ~ rojak bp bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris); ~ sasaran bahasa yg menjadi tumpuan atau hasil terjemahan drpd bahasa yg lain; ~ standard bahasa baku; ~ sukuan bahasa yg digunakan oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak; ~ sumber a) bahasa yg merupakan (bahasa) asal kata pinjaman; b) bahasa yg akan diterjemahkan ke dlm bahasa yg lain; ilmu ~ a) pengetahuan tentang selok-belok bahasa; b) tatabahasa; ~ dan bangsa itu tiada dijual atau dibeli prb hendaklah menjaga budi bahasa walau drpd kaum yg hina sekalipun (walaupun kaya kalau tiada budi bahasa dihina orang juga); ~ menunjukkan bangsa prb drpd budi bahasa, orang dapat menilai kita; berbahasa 1. mempunyai bahasa, memakai (menggunakan) bahasa, bercakap dlm sesuatu bahasa: orang Kemboja ~ Khmer; kemampuan ~ seorang penutur; 2. mempunyai budi bahasa yg baik, berbudi bahasa: ia seorang yg ~;membahasakan, memperbahasakan 1. melahirkan dgn perkataan, menuturkan, mengatakan, mengucapkan: bahasa Melayu bukan sahaja diperbahasakan di Semenanjung Malaysia, tetapi di seluruh kepulauan Nusantara; 2. menyebut, memanggil: dahulu Abdul Fakar dibahasakannya abang Fakar; 3. menegur, mempersilakan dgn hormat: mereka ~ tamu agung itu duduk di tempat terhormat;kebahasaan hal dsb yg berkaitan dgn bahasa: soal-soal ~ dibincangkan dlm seminar itu; meninjau masalah-masalah ~; perbahasaan 1. peribahasa; 2. pertuturan: pakaian dan ~nya telah bertukar;pembahasaan perihal (proses, perbuatan dsb) melahirkan idea, gagasan dsb dgn menggunakan bahasa: teori ini menunjukkan bahawa pengarang adalah manusia luar biasa yg mempunyai kebolehan menggunakan setiap dimensi ~;perbahasa 1. = perbahasaan peribahasa; 2. adat sopan santun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |