[rom.ba/] | رومبق
Definisi : terbongkar, terurai: jahitannya buruk dan berkedut kerana selalu kena ~; merombak 1. membongkar, memecahkan, merosakkan: rumah-rumah yg buruk telah dirombak beransur-ansur; ~ adat (aturan, perjanjian, dll) menghapuskan atau meniadakan adat (aturan perjanjian dll); ~ dapur Kl selesai bersalai (perempuan yg telah bersalin); 2. menyusun semula (dgn meminda atau membongkar semuanya): dia ~ susunan kabinet dgn menyingkirkan beberapa orang tokoh komunis; undang-undang itu patut dipinda dan dirombak supaya sesuai dgn negara Malaysia yg merdeka; rombakan bongkaran, runtuhan; perombakan perbuatan merombak, pembongkaran: usul itu merupakan satu ~ susunan tradisi masyarakat kampung; perombak orang yg merombak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[rom.ba/] | رومبق
Definisi : ; merombak 1 membuka sesuatu yg sudah dijahit atau yg sudah dipasang; membongkar: ~ jahitan; ~ rumah. 2 menyusun atau mengatur kembali: Beliau telah ~ susunan kabinet dgn menyingkirkan beberapa orang tokoh komunis. rombakan susunan semula; bongkaran. perombakan perbuatan atau hal merombak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)