rompak | ; merompak mengambil hak orang dgn paksa; menyamun: Orang yg ~ kedai itu telah ditangkap polis. rompakan 1 kejadian merompak: ~ itu berlaku di sebuah bank di Kuala Lumpur. 2 hasil merompak: Barang-barang ~ itu disembunyikan. perompakan hal atau perbuatan merompak. perompak orang yg merompak; penyamun: ~ bank. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rompak II | Mn; merompak merobohkan, meruntuhkan: gajah itu ~ kandangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rompak I | ; merompak menyamun, merampok: lima orang telah ~ kedai itu semalam; dagangan mereka telah dirompak oleh lanun di laut; rompakan kejadian merompak: ~ itu berlaku sewaktu mereka tidak ada di rumah; ~ bersenjata rompakan dgn (si perompak) menggunakan senjata; perompakan perbuatan merompak, perampokan: ~ bersenjata; perompak orang yg merompak, perampok, penyamun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cetak rompak | perbuatan menerbitkan hasil ciptaan atau karya penulis, pemuzik, penyanyi dsb, tanpa kebenaran, tanpa membayar royaliti kpd mereka dsb: masalah ~ bukan sahaja menjadi masalah penyanyi malah masalah para pengeluar kaset; mencetak rompak menghasilkan semula, menerbitkan atau menggunakan bahan bercetak atau bahan rakaman (spt pita video, perisian komputer, kaset dsb) karya orang lain tanpa kebenaran atau secara haram, terutamanya utk tujuan memperoleh keuntungan: polis berjaya menumpaskan sindiket ~ VCD; beberapa kegiatan ~ perisian komputer telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa; pencetak rompak orang atau sindiket yg menjalankan kegiatan cetak rompak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cetak rompak | perbuatan menerbitkan hasil ciptaan spt filem, karya penulisan dll tanpa kebenaran (dan tanpa membayar royalti kpd pencipta atau penulis berkenaan): Masalah ~ bukan sahaja menjadi masalah penyanyi malah masalah para pengeluar album. mencetak rompak menghasilkan semula atau menerbitkan bahan rakaman atau bahan bercetak (spt pita video, perisian komputer dan buku) karya orang lain tanpa kebenaran atau secara haram, terutamanya utk tujuan memperoleh keuntungan: Beberapa kegiatan ~ telah dpt dikesan dan dibanteras oleh pihak berkuasa. pencetak rompak orang atau sindiket yg menjalankan kegiatan cetak rompak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencetak rompak | orang atau sindiket yg menjalankan kegiatan cetak rompak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencetak rompak | orang atau sindiket yg menjalankan kegiatan cetak rompak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencetak rompak | menghasilkan semula atau menerbitkan bahan rakaman atau bahan bercetak (spt pita video, perisian komputer dan buku) karya orang lain tanpa kebenaran atau secara haram, terutamanya utk tujuan memperoleh keuntungan: Beberapa kegiatan ~ telah dpt dikesan dan dibanteras oleh pihak berkuasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merakam rompak | merakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kpd yg berhak); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencetak rompak | menghasilkan semula, menerbitkan atau menggunakan bahan bercetak atau bahan rakaman (spt pita video, perisian komputer, kaset dsb) karya orang lain tanpa kebenaran atau secara haram, terutamanya utk tujuan memperoleh keuntungan: polis berjaya menumpaskan sindiket ~ VCD; beberapa kegiatan ~ perisian komputer telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |