rompong | rosak atau terkerat pd cuping atau hujungnya (hidung, belalai, dll): maka diparang seorang lagi, kena hidungnya ~; merompongkan mengerat (hujungnya): kepadanya aku balaskan hatiku yg amarah itu sebab ia ~ hidung adikku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rompong | terpotong hujungnya (bkn hidung dll); patah hujungnya: Hidungnya ~. merompongkan menjadikan rompong; memotong hujungnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merompongkan | menjadikan rompong; memotong hujungnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ropong | Kl rompong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompong | kudung, kontot, rompong; ayam ~ ayam togel (tidak berekor); selendang ~ selendang pendek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sukun I | Jw tidak bergigi, rompong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelikir I | 1. gelung-gelung rotan, lingkaranlingkaran (drpd rotan dll) pd kemudi atau tiang kapal; ~ dayung gelung yg mengikat dayung pd keliti atau pemegangnya; 2. gelung (drpd rotan dll) yg dipasangkan (dicucukkan) pd hidung kerbau, kili-kili; kena ~ ki berada di bawah kuasa seseorang, terbelenggu (dikuasai orang); putus ~ rompong hidung prb sengketa yg tidak dapat diselesaikan (diperdamaikan) lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gajah | 1. sj mamalia dlm famili Elephantidae (berbadan besar dan mempunyai belalai dan gading); ~ Asia = ~ India, Elephas maximus; ~ Afrika, Loxodonta afrikana; ilmu (hikmat, mantera) ~ mantera yg menjadikan gajah jinak; 2. buah catur yg jalannya menyerong; 3. sesuatu yg besar; badak ~ badak yg besar; nyamuk ~ nyamuk yg besar; ~ bara gajah hitam; ~ barat permainan utk kanak-kanak; ~ guling perhiasan sanggul dgn dua untai bunga melati; ~ lalang gajah yg sudah jinak (tidak liar); ~ laut sj anjing laut, Mirounga spp.; ~ menung a) binatang yg besar (terutamanya dlm cerita); b) sj usungan berbentuk ikan laut utk pengantin; ~ menyusu atap tambahan atau yg disambung pd rumah, sengkuap; ~ mina a) walrus; b) sj perhiasan (makara); ~ patah permainan teka-teki; ~ tunggal gajah yg tidak bersama-sama kawannya (sangat liar); spt ~ putih sesuatu yg mahal tetapi tidak berguna: kebanyakan perbadanan awam adalah spt ~ putih di bumi Afrika; ~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga prb orang miskin menderita kerana mencontohi kehidupan orang kaya; ~ dialahkan oleh pelanduk prb orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah; ~ dipandang spt kuman prb orang yg naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya; ~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk katak prb anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan; ~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli prb mengerjakan sesuatu yg mustahak dgn tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yg tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi; ~ mati kerana gadingnya prb seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya; ~ mati meninggalkan tulang prb jasa baik seseorang yg mati dikenang juga; ~ mati tulang setimbun prb orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya; ~ seekor gembala dua prb a) seorang perempuan yg menduakan suaminya; b) dua orang memimpin satu pekerjaan; ~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit prb kalau orang besar-besar yg berselisih, rakyat yg mendapat susah; ~ turun di tengah rumah prb menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar); bangkai ~ bolehkah ditutup dgn nyiru = spt ditempuh ~ lalu prb kejadian yg besar tidak dapat disembunyikan; spt ~ masuk kampung prb seseorang yg melakukan sesuatu sekehendak hatinya; spt ~ putih ditambat prb seseorang yg merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya; spt ~ rompong belalai prb raja yg kehilangan kuasanya; gajah-gajahan 1. = main ~ main catur; 2. = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut; bergajah menaiki gajah: bala tentera ~;menggajah tampak spt gajah, kelihatan besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |