rosot | ; merosot 1 bergerak dr tempat tinggi ke tempat rendah; menggelongsor; turun: Ia tidak sedar bahawa anaknya ~ dr pangkuannya. 2 jatuh atau turun (bkn harga atau nilai sesuatu): Sejak beberapa tahun lalu, harga getah ~ tetapi sekarang naik kembali. 3 menjadi semakin kurang (bkn hasil, pendapatan dll): Kerana musuh terlalu banyak, hasil padi tahun ini ~. merosotkan menurunkan; mengurangkan (harga, mutu dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rosot; merosot | 1 bergerak dr tempat yg tinggi ke tempat yg rendah; menggelongsor; turun: Ia tidak sedar bahawa anaknya ~ dr pangkuannya. 2 jatuh atau turun (bkn harga atau nilai sesuatu): Sejak beberapa tahun yg lalu harga getah ~ tetapi sekarang naik kembali. 3 menjadi semakin kurang (bkn hasil, pendapatan dll): Kerana musuh terlalu banyak hasil padi tahun ini ~. merosotkan menurunkan; mengurangkan (harga, mutu dll). | Kamus Pelajar |
rosot | ; merosot 1. meluncur turun, gelongsor, menggelingsir: ia tidak sedar ketika anaknya ~ dr pangkuannya; 2. sangat banyak turunnya, jatuh sekali (harga barang dll): harga getah sangat ~ tahun ini; 3. menjadi kurang sangat (hasil, pendapatan, pengaruh, dll): maka majalah itu pun mulai ~ penjualannya; gengsi kami di luar negeri sangat ~ dan sentiasa menjadi bahan tertawaan; 4. semakin kurang (mundur), tidak maju (kepandaian, kesihatan, dll): kesihatannya semakin ~; merosotkan menurunkan, mengurangkan, menyusutkan (harga, mutu, dll); kemerosotan perihal (kejadian dsb) merosot, keadaan merosot, kemerosotan: kesan-kesan ~ ekonomi; ~ disiplin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemerosotan | perihal (kejadian dsb) merosot, keadaan merosot, kemerosotan: kesan-kesan ~ ekonomi; ~ disiplin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mundur | 1. (berjalan, bergerak, dll) ke belakang, surut, undur, lwn mara: dia ~ setapak dan kemudian mara lagi beberapa tapak apabila polis itu beredar dr situ; 2. ki menjadi kurang (hasil pendapatan dll), berkurang, merosot: perusahaannya mulai ~; 3. tidak maju, terkebelakang, tertinggal, kolot: kebanyakan kaum perempuan masih lagi dlm keadaan lemah, ~, dan terkongkong; ~ maju ki tidak tetap hati, ragu-ragu; ~ teratur a) berundur dgn teratur (pasukan peperangan); b) mengundurkan diri dgn diam-diam; memundurkan menjadikan mundur, mengundurkan, memerosotkan, mengebelakangkan; kemunduran perihal mundur, kemerosotan: pekedai itu, sambil mengeluh, menceritakan ~ perniagaannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |