kaviti | ist ruang (kosong) dlm sesuatu: ~ abdomen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
inden II | (Cetak) ruang kosong pd baris pertama cetakan atau tulisan; menginden memulakan barisan teks beberapa kedudukan aksara ke dalam, dr jidar kiri atau kanan halaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pad | Tindakan mengisi medan data dengan ruang kosong. | Kamus Komputer |
berdampingan(contiguous) | Berkenaan kedudukan data atau blok yang tidak mempunyai sebarang ruang kosong di antaranya. | Kamus Komputer |
bawah | 1. terletak separas dgn permukaan tanah (bkn bahagian bangunan, rumah, dsb): pejabatnya terletak di tingkat ~ bangunan itu; 2. ruang kosong yg terletak di antara tiang rumah atau kaki almari (meja, kerusi, dsb): ~ rumah itu boleh dijadikan stor;~ angin tempat angin datang; negeri ~ angin Kepulauan Melayu; ~ duli = ~ cerpu = ~ kadam = ~ kaus kata kehormatan kpd raja; ke ~ duli baginda kpd baginda; ~ sedar a) lubuk hati (perasaan yg dalam-dalam); b) tidak sedar sepenuhnya; ~ tanah a) di bawah permukaan bumi, dlm tanah; b) sulit, gelap (bkn gerakan dll); (di) ~ tangan a) di bawah kuasa (pengaruh dll); b) tidak dgn secara rasmi atau umum (penjualan dll);di bawah 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa;ke bawah 1. ke tempat yg lebih rendah; 2. ke paras (peringkat dsb) yg lebih rendah;mengebawahkan merendahkan, menurunkan;terkebawah bawah sekali, terendah: awak terlantar ke pelembahan tatakemanusiaan yg ~;membawah ark bekerja di bawah orang, menempatkan diri di bawah perintah orang;membawahi ki menjadi dasar pd sesuatu, mendasari: akal budi suci ~ akal budi biasa;membawahkan memimpin (bawahan dll), menguasai (daerah dll);terbawah 1. terendah; 2. = ~ oleh dipimpin oleh; bawahan, sebawah, sebawahan 1. orang di bawah, orang yg di bawah perintah, orang rendahan: ia mencatat nama-nama ~nya yg hadir pd hari minggu; 2. (golongan) yg bawah (rendah): masyarakat Melayu terbahagi kpd tiga golongan besar, golongan atasan, pertengahan, dan ~;pembawah (Mat) nombor bawah pecahan (menunjukkan berapa bahagian sesuatu dibahagikan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aksara kosong(blank character) | Aksara yang digunakan untuk melambangkan ruang kosong di dalam teks. | Kamus Komputer |
teknik pemampatan data(data compression technique) | Teknik yang digunakan untuk menjimatkan ruang storan data dengan menghapuskan ruang kosong, medan kosong, data lewah, atau data yang tidak diperlukan bagi memendekkan panjang rekod atau blok data. | Kamus Komputer |
di bawah | 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luang | 1 ruang yg kosong; kelapangan (tempat atau waktu): Orang terlalu banyak sehingga utk berdiri pun tidak ada ~ lagi. 2 kekosongan jawatan (tenaga pekerja). meluangkan mengosongkan tempat dll; melapangkan masa dll: Dia selalu ~ masa utk mengajar anaknya. terluang 1 kosong (bkn tempat dsb); lapang: Dlm stadium itu, tiada langsung tempat yg ~. 2 kosong (mengenai jawatan): Sekarang ini terlalu sukar utk mencari pekerjaan yg ~. 3 tidak sibuk; senggang: Setiap masa yg ~ dihabiskan dgn mengulang kaji pelajaran. peluang kesempatan yg baik: Semasa cuti, dia mendapat ~ pergi ke Bukit Fraser. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luang I | 1. ruang yg kosong, kelapangan, lowong; 2. kekosongan pekerjaan, lowong: ~ dan lubang kerja cukup banyak; 3. kesempatan (baik): kalau ada ~ saya akan pergi ke rumah awak; meluangkan mengosongkan (tempat dll), melapangkan (masa dll): walaupun sibuk, ia sentiasa ~ masa utk kanak-kanak; terluang 1. kosong, lapang, terbuka (tempat dll): stadium itu penuh sesak tidak ada tempat ~; 2. ki tidak ada yg menduduki (jawatan, pekerjaan, dll), kosong, lowong: tiada pekerjaan yg ~ di pejabat itu; 3. tidak sibuk, senggang: setiap waktu ~ mereka berbual; 4. tidak bertutup, terbuka (langkah, jalan, dll): itulah sahaja langkah yg ~ baginya; keluangan kelapangan, kesempatan: itu pun dr kalangan mereka yg mempunyai ~ masa serta bersetuju dgn pimpinan parti politik yg diceburi; peluang kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |