ruat I | 1. goyah, goyang (gigi), hampir tumbang (pokok); 2. ki tidak tetap, selalu berubah-ubah (hati dll); 3. terbongkar perdu dan tumbang (pokok). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ruat II | Jw 1. pulih kembali spt sediakala (jadi-jadian, orang kena tulah, dll); 2. terselamat (terlepas, bebas) drpd nasib buruk yg akan menimpa (bagi orang yg menurut kepercayaan akan tertimpa nasib buruk); 3. = ruatan upacara menyelamatkan orang drpd nasib buruk yg akan menimpa, upacara menolak bala; meruat 1. mengembalikan kpd keadaan yg dahulu: ~ harimau jadi-jadian; 2. menyelamatkan orang drpd malapetaka yg akan mengenainya, menolak bala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |