rubela | (rubéla) (Ubat) penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yg boleh menyebabkan kecacatan kpd bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yg mengandung antara satu hingga tiga bulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imun | (Ubat) terlindung drpd atau tidak dapat diserang oleh sesuatu penyakit tertentu kerana adanya antibodi, inokulasi dsb, lali: ~ terhadap rubela; mengimunkan membuat seseorang imun terhadap sesuatu penyakit atau jangkitan, terutamanya dgn menyuntiknya dgn vaksin, melalikan: mereka sudah diimunkan terhadap cacar; keimunan keupayaan manusia dan haiwan melawan sesuatu penyakit, jangkitan dsb melalui tindakan antibodi atau vaksin: ~ terhadap polio; pengimunan perihal (tindakan, proses dsb) melindungi seseorang drpd penyakit dgn memberi suntikan vaksin, pelalian: program ~ orang ramai terhadap virus hepatitis B. | Kamus Dewan Edisi Keempat |