Puisi
 

Si kain pelikat Raja Pangeran,
     Tuang serbat di dalam takar;
Sangat ajaib kerja yang hairan,
     Hujan lebat rumah terbakar.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
dalam IIIsl istana, kawasan istana raja; bahasa ~ bahasa yg digunakan di kalangan raja atau golongan istana (spt beradu, santap, dll); budak ~ pesuruh raja; kedalaman sl istana, rumah-rumah dlm kawasan istana; bahasa ~ bahasa kehormatan utk raja-raja.Kamus Dewan Edisi Keempat
suriraja perempuan; permaisuri: ibu ~ bonda kpd raja. ~ rumah tangga isteri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
suri IIIraja perempuan, rani; ibu ~ ibunda raja; ~ rumah (tangga) isteri.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelimauark rumah tempat mandi berlimau (biasanya utk raja-raja bersiram).Kamus Dewan Edisi Keempat
puri1 rumah yg biasanya indah-indah tempat tinggal raja-raja; istana. 2 kota yg dilengkapi parit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
puri1 rumah yg biasanya indah-indah tempat tinggal raja-raja; istana. 2 kota yg dilengkapi parit.Kamus Pelajar
mendengar1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, memper­timbangkannya, dsb), mempedulikan, me­ngikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu ke­putusan (resolusi);Kamus Dewan Edisi Keempat
komidiId 1. pertunjukan (permainan) sandi­wara, lakonan (drama di pentas dsb); ~ bangsawan permainan sandiwara mengenai cerita lama (spt cerita raja-raja dll); ~ gambar ark wayang gambar; gedung (rumah) ~ bangunan (panggung) tempat dipertunjukkan permainan sandiwara; 2. pertunjukan (spt gerak badan atau berbagai-bagai jenis senaman) spt bertunggang balik, berayun; bermain ~ a) mempertunjukkan berbagai-bagai jenis senaman (spt bertunggang balik dll); b) ki berpura-pura, tidak jujur, berbuat sesuatu dgn tidak berterus-terang, berdolak-dalik (percakapannya); ~ kuda permainan sarkas (yg menunjukkan kepandaian binatang); 3. perbuatan yg berpura-pura (tidak sungguh-sungguh), perlakuan yg dibuat-buat, lawak: Hanafiah tidak dapat meneruskan ~nya sbg orang sedang merajuk; mengomidikan memperdayakan, mempermainkan, menipu: tidak disangkanya ia akan dikomidikan orang yg sangat dipercayainya.Kamus Dewan Edisi Keempat
balai I1. gedung, rumah (untuk awam), pejabat; 2. rumah (gedung, bangunan) dlm lingkungan istana; balai adat rumah tempat dilakukan upacara adat; balai balai agung a) = balai kota gedung tempat pentadbiran bandaran; b) = balai besar rumah besar tempat menghadap raja; balai angin = balai bayu = balai peranginan rumah tempat berehat (bersenang-senang, mengambil angin); balai angkat-angkat tempat nobat (bunyi-bunyian) raja; balai apit = balai tengah rumah tempat menanti raja (di antara istana dan balai penghadapan); balai astaka panggung yang tinggi dan beratap tempat raja bersemayam supaya dapat dilihat oleh orang ramai pada upacara-upacara; balai bendul = balai mentor(a) balai tempat menanti apabila hendak menghadap raja; balai berlepas dewan menanti sebelum penumpang berangkat menaiki kapal terbang (kapal dan lain-lain); balai bertingkat balai yang atapnya berlapis-lapis (balai undang Johol); balai bomba bangunan khas tempat pasukan bomba dengan kereta bomba dan alatalat memadamkan api ditempatkan; balai buana tempat berkorban pada upacara menyemah negeri; balai cerap bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dan sebagainya; balai dagang Id ark pejabat tempat mengurus atau memajukan perdagangan (antara negara-negara); balai derma rumah tempat menerima kurnia (sedekah) raja; balai desa Id balai raya; balai gading balai yang letaknya di kiri kanan pintu gerbang istana; balai gambang = balai kambang balai yang di atas air untuk berangin atau mandi; balai gendang rumah tempat tabuh masjid; balai kecil balai menghadap yang kecil; balai kembang = balai sari balai dlm taman; balai kesihatan = balai pengubatan Id klinik; balai ketibaan dewan ketibaan untuk para penumpang yang baru tiba, iaitu yang baru turun dr kapal terbang (kapal dan lain-lain); larangan rumah di istana tempat puteri-puteri; balai lelang Id rumah tempat melelong barang; balai limas balai yang atapnya berbentuk piramid; balai lintang = balai melintang balai yang letaknya di sebelah kanan istana; balai luar tempat rakyat menunggu di luar istana; balai madat rumah tempat berkawal; balai menghadap = balai penghadapan balai (sementara) tempat menghadap raja; balai pancalogam sl balai yang dibuat daripada marmar; balai pancapersada balai tempat memandikan pengantin baru (anak raja-raja); balai (nan) panjang balai tempat menghadap undang (di Rembau); balai perbujangan balai yang dibuat untuk sementara (jika tempat dlm istana kurang kerana upacara besar); balai perguruan tinggi Id ark universiti; balai pertemuan Id rumah tempat bermesyuarat dan lain-lain; balai paseban = balai pistaka balai besar; balai polis bangunan tempat polis bertugas; balai raya balai tempat orang kampung membuat perjumpaan atau mengadakan mesyuarat; balai rendah Id (gedung) dewan rakyat; balai serong balai yang letaknya serong dr istana; balai surung anjung pada rumah yang berbumbung lima; balai tinggi Id (gedung) dewan negara;Kamus Dewan Edisi Keempat
kelekan1. kayu atau besi pemegang pd jambatan (tangga dll), langkan (pd jambatan dll); 2. sj serambi (pd balai istana): maka segala anak raja-raja itu duduk di kelek-kelekan balai kiri kanan; ~ anak bahagian rumah ibu yg bertemu dgn pelantaran.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas