rumah tangga | perihal rumah dan kehidupan dlm rumah, rumah dgn keluarga yg mendiaminya; berumah tangga 1. mengurus rumah tangga, berkeluarga: pendapatan dan umurnya sudah cukup utk dia ~; 2. berkahwin (beristeri atau bersuami): sebelum aku mati mahulah aku melihat engkau ~ dulu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urusan rumah tangga | segala sesuatu yg mengenai rumah tangga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urusan rumah tangga | segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mawaddah | Ar kasih sayang, terutamanya dlm hubungan antara suami isteri: rumah tangga mereka kembali aman dan damai dilimpahi ~ oleh Allah ke atas mereka; keserasian juga penting dlm membina kebahagiaan rumah tangga yg berteraskan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
urus | 2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga. | Kamus Pelajar |
urusan | 2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga. | Kamus Pelajar |
mengemudikan | 1. memegang kemudi utk mengatur hala perjalanan kapal (kereta, kapal terbang): Pak Kaduk membentang layar dan ~ perahunya; 2. memimpin (pertubuhan, perkumpulan, dsb), memegang teraju pemerintahan, mengendalikan, mengurus (rumahtangga dll): mereka bersama-sama ~ dan memajukan perkumpulan itu; mereka hidup berdua ~ rumah tangga mereka yg kecil itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
~ rumah tangga | isteri. | Kamus Pelajar |
suri rumah tangga | isteri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendirikan rumah tangga | berkahwin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |