Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
runding
Kata Terbitan : berunding, merundingkan, rundingan, perundingan, perunding,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
runding1. sl perhitungan, perkiraan, per­timbangan; 2. pembicaraan (perkiraan) yg sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu hal; hamba tidak berbanyak ~ tidak banyak bicara; ~ cara khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya; merentang ~ memanjang-manjangkan percakapan (per­bualan, pembicaraan); pakar ~ pakar pe­runding; ~ banyak nan ka disebut prb jika banyak berembuk akan dicapai keputusan; berunding 1. bercakap-cakap (tentang se­suatu hal) dgn sungguh-sungguh, berbicara, berembuk: Tuanku berharap Filipina akan mengubah sikapnya dan bersetuju utk ~ di Bangkok; 2. bercakap-cakap (tentang se­suatu), berkira-kira: letakkanlah bakul itu dahulu, marilah kita ~ sedikit; inda ~ Br tidak berkira, bertolak ansur; merunding sl menghitung, mem­per­hitung­kan; runding-merunding hitung-menghitung, tim­­­bang-menimbang; merundingkan 1. memperhitungkan, mem­­perkirakan: mereka adik-beradik, jadinya tidaklah dirundingkan sangat kalau ia memakai wang adiknya itu; 2. memper­katakan (membicarakan) sesuatu utk mem­peroleh persetujuan penuh, membicarakan: barang sesuatu yg akan diperbuatnya dirundingkannya lebih dahulu dgn isterinya; rundingan 1. perbincangan antara dua atau banyak utk menyelesaikan masalah (per­telingkahan, persengketaan, dsb atau men­capai sesuatu persetujuan): ~ telah membawa kpd pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kpd perkelahian; persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~; ~ meja bulat rundingan dgn menggunakan meja bulat sbg menunjukkan bahawa pihak-pihak yg terlibat mempunyai taraf yg sama; ~ telah putus pembicaraan sudah selesai dan meng­hasilkan persesuaian; 2. butir-butir pem­bicaraan (pembincangan dll), isi pembicaraan: segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain; ~ damai pembicaraan utk mencari perdamaian; perundingan perbuatan berunding, pem­bicaraan, permesyuaratan, perembukan: ia telah memajukan tuntutannya dlm ~ itu; perunding 1. orang yg berunding (utk men­capai sesuatu persetujuan): seorang diplomat dan ~ yg ulung; 2. orang (syarikat dsb) yg dirujuk utk mendapatkan nasihat kepakaran (tunjuk ajar dsb); pakar ~ orang (syarikat dsb) yg mempunyai pengetahuan kepakaran yg tertentu dan berlaku sbg perunding.Kamus Dewan Edisi Keempat
pakar1. ahli (mahir, pandai sekali) dlm sesuatu ilmu dll: orang yg ~ ; 2. orang yg ahli (pandai sekali, mahir) dlm sesuatu ilmu dll: ~ ekonomi; ~ kewangan; ~ tanaman; ~ runding pakar (dlm sesuatu bidang atau ilmu pengetahuan) yg dirujuk atau dirunding utk melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu; kepakaran pengetahuan dan kemahiran seorang pakar.Kamus Dewan Edisi Keempat
bayaran1 wang dsb yg digunakan utk membayar; wang dsb yg dibayarkan: Mereka yg menonton pertunjukan itu tidak dikenakan ~. 2 wang dsb yg diterima kerana melakukan sesuatu; upah: Sbg pakar runding, dia menerima ~ RM10,000/- sebulan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bayaran1. wang dsb yg digunakan utk membayar; wang dsb yang dibayarkan. Mereka yg menonton pertunjukan itu tidak dikenakan ~. 2. wang dsb yg diterima kerana melakukan sesuatu; upah: Sbg pakar runding, dia menerima ~ RM10,000/- sebulan.Kamus Pelajar
rombong II; merombong 1. berkumpul men­jadi kumpulan (orang); 2. ark bertimbun banyak-banyak; rombongan sekumpulan orang (yg bekerja atau datang dll bersama-sama): menteri itu dan ~nya telah tiba di Pulau Pinang pagi tadi; satu ~ pegawai Malaysia akan be­runding dgn pegawai-pegawai Filipina; ~ kebudayaan sekumpulan penari (pelakon, penyanyi, dll) yg melawat ke sesuatu tempat utk membuat pertunjukan dsb; berombongan secara (berupa) rombongan, berkumpulan: membuat lawatan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
runding; berunding berbicara ttg sesuatu hal dgn sungguh-sungguh; berbincang: Mereka sedang ~ hendak menamatkan peperangan di Vietnam. merundingkan membincangkan sesuatu utk mendapatkan kata sepakat: Perkara itu akan dirundingkan dlm mesyuarat. rundingan majlis dsb utk merundingkan sesuatu; isi atau butir perbicaraan: Kata sepakat itu telah dicapai dlm satu ~. perundingan 1 perbuatan atau hal berunding; perbicaraan. 2 perbuatan atau hal merundingkan; pembicaraan. perunding orang yg berunding atau yg merundingkan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
runding; berundingberbicara ttg sesuatu hal dgn sungguh-sungguh; berbincang: Mereka sedang ~ hendak menamatkan peperangan di Vietnam. merundingkan membincangkan sesuatu utk mendapat kata sepakat: Perkara itu akan dirundingkan dlm mesyuarat. rundingan majlis dsb utk merundingkan sesuatu; isi atau butir perbicaraan: Kata sepakat itu telah dicapai dlm satu ~. perundingan 1 perbuatan atau hal berunding; perbicaraan. 2 perbuatan atau hal merundingkan; pembicaraan. perundingorang yg berunding atau yg merundingkan sesuatu.Kamus Pelajar
akal1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan ber­macam-macam ~ menjalankan ber­macam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejeng­kal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyeli­diki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuat­­nya, dgn segenap tenaga dan fikiran; berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~; mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk me­laku­kan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memper­daya: tidak baik ~ cikgu; mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya); terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apa­kah yg diliputi dan yg ~?Kamus Dewan Edisi Keempat
bayar; berbayar dpt dijelaskan (ttg hutang, harga barang-barang yg dibeli dsb); Hutangnya belum ~. membayar 1 memberikan wang utk harga barang yg dibeli (menjelaskan hutang dsb): Salmah ~ harga kopi dan gula kpd Pak Kadir, yg empunya kedai runcit itu. 2 melakukan sesuatu utk memenuhi janji dsb; menunaikan nazar (niat): ~ niat. membayarkan 1 memberikan wang dsb utk membayar: Dia telah ~ semua wang simpanannya utk membeli sebidang tanah. 2 membayar utk orang lain: Dia ~ adiknya harga gula-gula itu. bayaran 1 wang dsb yg digunakan utk membayar; wang dsb yg dibayarkan: Mereka yg menonton pertunjukan itu tidak dikenakan ~. 2 wang dsb yg diterima kerana melakukan sesuatu; upah: Sbg pakar runding, dia menerima ~ RM10,000/- sebulan. pembayaran perbuatan (hal dsb) membayar atau membayarkan; penjelasan: ~ hutang rumahnya dibuat melalui potongan gaji. pembayar 1 orang yg membayar atau membayarkan. 2 wang dsb utk membayar. si dibayar ist penerima bayaran yg namanya tertulis pd cek dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
muafakat1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah dgn kata Lak-samana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, pe­nyataan setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ; mencapai kata ~ mencapai persetujuan; 3. perundingan, pem­bicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun be-layarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4. be­runding (bermesyuarat) dgn: hendaklah eng-kau ~ segala menteri orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara; semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm rombongan itu sendiri; bermuafakat berunding (utk mencapai se­suatu persetujuan), bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras; memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu); 2. menyetujui; memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu di-muafakatkan terlebih dahulu; 2. sl memper­setujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja; kemuafakatan 1. perihal muafakat (men­dapatkan kata sepakat), kesepakatan: apa-bila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, per­janjian: dgn ~ segala orang besar; permuafakatan 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2. persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas