rungguh II | Mn; merungguh bertinggung, bercangkung, berjongkok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rungguh I | = rungguhan barang dll yg diletakkan sbg tanggungan utk wang yg dipinjam, cagaran, jaminan, sandaran: ia harus menyerahkan tanahnya sbg ~ bagi pinjaman itu; rumah rungguhan ark rumah gadai; merungguhkan meletakkan sesuatu sbg cagaran (tanggungan), menggadaikan; ~ rumah menggadaikan rumah; runggu II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
runggu II | Mn rungguh, cagaran, jaminan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cagaran | 1. barang yg dijadikan sbg taruhan apabila berhutang, barang yg digadaikan, rungguh(an); 2. cengkeram, bayaran pendahuluan, wang muka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cagar | 1. barang yg dijadikan sbg taruhan apabila berhutang, barang yg digadaikan, rungguh(an); 2. cengkeram, bayaran pendahuluan, wang muka; ~ alam kawasan simpanan (bagi mergastua); bercagar, bercagaran bersandar pd atau disokong oleh sesuatu; bercagarkan mempunyai sesuatu taruhan sbg jaminan berhutang, bersandarkan: pinjamannya ~ sekeping tanah pusaka; mencagarkan memberikan sesuatu sbg cagaran hutang, menggadaikan, merungguhkan: ia ~ tanah dan bangunan kedainya; pencagaran perbuatan mencagarkan: ~ tanah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |