Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
runsing
Rujuk :risau


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
runsing1. cepat marah, suka mengomel (me­rungut-rungut); 2. = ~ hati sebal hati, risau: janganlah pula engkau menambah ~ hati mak; merunsing mengomel, bersungut, me­rungut; merunsingkan menjadikan runsing, me­nyebabkan runsing, merisaukan: dlm keadaan begini, ia tidaklah patut dirunsingkan; perbelanjaan pelajaran ~ fikiran ahli-ahli politik dan orang ramai; kerunsingan perihal runsing, kerisauan: mereka dlm ~; perunsing orang yg selalu runsing, perisau.Kamus Dewan Edisi Keempat
runsing1 = ~ hati susah hati kerana tidak sampai maksud dll; sebal hati: Hatinya bertambah ~ setelah mendengar berita yg menyedihkan itu. 2 cepat marah. merunsingkan menimbulkan atau mendatangkan rasa runsing: Kegagalannya dlm peperiksaan itu ~ fikirannya. kerunsingan keadaan atau rasa runsing.Kamus Pelajar Edisi Kedua
runsing1 = ~ hati susah hati kerana tidak sampai maksud dll; sebal hati: Hatinya bertambah ~ setelah mendengar berita yg menyedihkan itu. 2 cepat marah. merunsingkan menimbulkan atau mendatangkan rasa runsing: Kegagalannya dlm peperiksaan itu ~ fikirannya. kerunsingan keadaan atau rasa runsing.Kamus Pelajar
tenteram1 tidak ada kekacauan atau rusuhan yg berlaku (ttg keadaan dlm negeri dll); aman; sentosa: Keadaan dlm negeri itu sangat ~. 2 ki tidak berasa gelisah atau tidak berasa runsing; tenang: Hatinya tidak ~. menenteramkan 1 menjadikan (keadaan dlm negeri dll) tenteram; mengamankan: Satu pasukan tentera telah dihantar utk ~ keadaan yg kacau di situ. 2 menjadikan tidak gelisah atau tidak runsing; menenangkan hati, fikiran dll: Beliau telah pergi ke tepi pantai utk ~ jiwanya. ketenteraman 1 keadaan atau hal tenteram; keamanan; kesentosaan: Mereka menyanjung Pre­siden mereka yg telah memimpin negara ke arah ~. 2 ketenangan hati atau fikiran. penenteraman perbuatan atau hal menenteramkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pening1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakan-akan berpusing­-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening­-pening sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing; memeningkan = ~ kepala 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membi­ngungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tenang1 tidak berkocak atau tidak berombak (ttg air, laut dll); teduh (ttg angin, ribut dll): Air yg ~ jangan disangka tiada buaya. 2 ki tidak berasa gelisah (runsing dsb); aman dan tenteram (ttg keadaan dlm negeri dll): Beliau telah menjawab segala soalan itu dgn ~. Setelah anaknya kembali dgn selamat, barulah ~ fikirannya. ~-lenang sangat tenang. bertenang berbuat sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru). menenangkan menjadikan atau menyebabkan tenang; me­nenteramkan; meredakan: Dia ber­­nyanyi-nyanyi utk ~ hatinya yg runsing. ketenangan keadaan atau hal tenang; ketenteraman; ke­amanan. penenang 1 se­suatu (ubat, kata-kata dsb) yg mene­nangkan. 2 orang yg menenangkan: Anak tunggalnyalah yg menjadi ~ hidup­nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggaduhkan1 membuat supaya huru-hara atau gempar; menjadikan tidak tenteram; menjadikan gempar; mengharu-birukan: Pihak komunis berusaha hendak ~ negara kita. 2 menyebabkan berasa runsing atau risau; mengkhuatirkan: Di rumah ini semuanya cukup, apa pula yg ~ engkau?Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengharu-birukan1. menimbulkan keru­suh­­an (kekacauan dll), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah ~ suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dsb): yg sangat ~ fikir­annya ialah perceraian dgn anaknya; masalah itu ~ fikirannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menenteramkan1 menjadikan (keadaan dlm negeri dll) tenteram; mengamankan: Satu pasukan tentera telah dihantar utk ~ keadaan yg kacau di situ. 2 menjadikan tidak gelisah atau tidak runsing; menenangkan hati, fikiran dll: Beliau telah pergi ke tepi pantai utk ~ jiwanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tenang1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll): ~ bagai air dlm kuali; laut yg biasanya bergelora telah bertukar menjadi ~; 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan): ~ fikirannya; ia duduk dgn ~; setelah keadaan menjadi ~, mereka pun kembali ke kota; ~-lenang tenang sekali;bertenang, bertenang-tenang mengerja­kan sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru, tidak tergesa-gesa): dia harus ~ utk meng­hadapi peperiksaan; Aini yg sedang berte­nang-tenang itu tidak menghiraukan apa yg dikatakan oleh ibunya;menenangkan menjadikan tenang, menen­teramkan, meredakan: beliau mencuba ~ fikirannya; ~ fikiran (perasaan) a) menjadikan fikiran tenang, menenteramkan fikiran (perasaan) yg susah; b) mengheningkan cipta, bersemadi, bertafakur; ~ hati menenteramkan hati; ketenangan perihal tenang, keamanan, ketenteraman penenang (sesuatu) yg menenangkan: ubat ~ jiwa.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas