akar rusa | = rusa-rusa sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar kacang-kacang, Agelaea verstita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rusa II | ; akar ~ = rusa-rusa sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar kacang-kacang, Agelaea verstita; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), mempisang, Vitex hollrungii. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
benuang I | ; kerbau ~ sj kerbau besar; rusa ~ sj rusa besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akar kenkacang | sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mekacang, akar nyamuk, akar rusa-rusa, Agelaea vestila. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenkacang | ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mekacang, akar nyamuk, akar rusa-rusa, Agelaea vestila. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rusa benuang | sj rusa besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kijang | sj binatang spt rusa tetapi lebih kecil tubuhnya dan tidak panjang tanduknya, Muntiacus muntjac; ~ menjangan berbagai-bagai jenis kijang (spt rusa, pelanduk, napuh, dll); ~ dirantai dgn rantai emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan prb seseorang itu akan ingat juga negeri asalnya sekalipun senang hidupnya di negeri orang; dapat ~ teruit prb mendapat keuntungan (faedah) dgn tiada bersusah payah; spt ~ lepas ke rimba prb orang yg telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rusa | nama sj binatang liar yg tanduknya bercabang-cabang, Cervus equimus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rusa I | sj binatang yg tanduknya bercabang-cabang dan memakan tumbuh-tumbuhan, menjangan, Cervus equimus; jenis-jenisnya: ~ babi, ~ balas, ~ dandi, ~ nibung; ~ di hutan, kancah sudah terjerang prb barang sesuatu yg belum pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya; mati ~ kerana jejak, mati kuau kerana bunyi prb mendapat bencana kerana perbuatannya atau sesuatu yg menjadi kemegahannya; mati ~ kerana tanduknya prb mendapat kecelakaan kerana sesuatu yg menjadi kemegahannya; spt ~ kena tambat prb selalu dlm keluh-kesah; spt ~ masuk kampung prb tercengang-cengang; tak akan rintang ~ oleh tanduknya prb tidak terganggu seseorang yg cekap itu drpd melakukan pekerjaannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rusa | nama sj binatang liar yg tanduknya bercabang-cabang, <i>Cervus equimus.i> | Kamus Pelajar |