rusuh I | 1. terganggu ketenteraman (kerana perbuatan jenayah spt pencurian dll), tidak aman: keadaan ekonomi yg begitu buruk menyebabkan daerah kami ~ sekali; 2. gaduh, huru-hara, kacau, ribut: negara itu menjadi ~ selepas pemberontakan oleh tentera; 3. tidak sopan (kelakuan, perkataan, dll), kasar (permainan bola sepak dll), tidak berperaturan, ceroboh: bahasanya ~ benar; ~ benar makanannya apa sahaja dimakannya; 4. tidak tenteram fikiran, (sangat) gelisah: ~ resah berbagai-bagai kegelisahan (tidak aman dll); merusuh membuat rusuh (spt mengacau, merompak, mengganggu ketenteraman, dll): orang salah ~ dlm penjara; sekumpulan kecil drpd penonton telah ~ kerana tidak puas hati dgn keputusan pengadil; merusuhi mengganggu (ketenteraman), mengacau: tikus tanah yg selalu ~ sawah kami; merusuhkan menyebabkan rusuh, menimbulkan huru-hara (kekacauan, keributan, dll); rusuhan kejadian merusuh: banyak yg luka akibat ~ pelajar-pelajar itu; ~ kaum rusuhan yg berlaku di kalangan anggota kaum-kaum yg berlainan dlm sesebuah komuniti atau negara, yg berpunca drpd sebab-sebab tertentu; pasukan (polis) pencegah ~ polis utk memadamkan rusuhan; kerusuhan perihal rusuh (kekacauan, keributan, dsb); perusuhan 1. perbuatan merusuhi (merusuhkan); 2. huru-hara, pemberontakan, dsb; perusuh pengganggu ketenteraman, pengacau, penderhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rusuh I | 1 tidak aman; huru-hara; kacau; gempar (kerana peperangan dll): Negara itu menjadi ~ selepas pemberontakan tentera. 2 tidak sopan; tidak bertatatertib; kasar: Bahasanya ~ benar. merusuh membuat rusuh; mengacau: Mereka ~ kerana tidak puas hati dgn keputusan pengadil. merusuhkan menimbulkan atau mendatangkan kekacauan (huru-hara dll). rusuhan kejadian merusuh: Banyak orang yg telah tercedera dlm ~ itu. perusuhan perbuatan merusuh atau merusuhkan. perusuh orang yg merusuh; pengganggu keamanan: ~-~ itu sudah ditahan polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buncah | Mn gelisah, rusuh hati, bingung, kacau;membuncah 1. menimbulkan kegelisahan (rusuh dll): perkara itu ~ dlm ingatannya; 2. = membuncahkan menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran, dll): hal yg ~ hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rusuh I | 1 tidak aman; huru-hara; kacau; gempar (kerana peperangan dll):<i> Negara itu menjadi ~ selepas pemberontakan tentera.i> 2 tidak sopan; tidak bertatatertib; kasar:<i> Bahasanya ~ benar. i> merusuh membuat rusuh; mengacau:<i> Mereka ~ kerana tidak puas hati dgn keputusan pengadil. i> merusuhkan menimbulkan atau mendatangkan kekacauan (huru-hara dll). rusuhan kejadian merusuh:<i> Banyak orang yg telah tercedera dlm ~ itu.i> perusuhan perbuatan merusuh atau merusuhkan. perusuh orang yg merusuh; pengganggu keamanan. | Kamus Pelajar |
risau II | 1. = ~ hati rusuh hati, cemas, gelisah: jangan ~ dan bimbang; jangan-jangan me-reka ~ saya lambat balik ni; 2. huru-hara, tidak aman, gaduh, kacau, ribut, rusuh: pembangunan negara tidak dapat berjalan lancar selagi masih ada ~ dan kacau; merisaukan 1. mengacau (keamanan, ketenangan, dll), mengganggu (ketenteraman); 2. menyebabkan risau, mengacaukan (hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran): beberapa kejadian yg ~ hati; ia semakin ~ orang-orang yg mendengar kata-katanya; 3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang sesuatu: apa yg dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh bereskan; dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan; risauan sesuatu yg merisaukan, gangguan (keamanan dll); kerisauan perihal risau, kekacauan, kerusuhan (hati), kecemasan, kegelisahan: perkara yg mengenai diri sendiri boleh menjadi punca ~ fikiran kita; perisau 1. orang yg selalu risau, pencemas, perusuh; 2. pengacau, pengganggu (keamanan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rusuh II | = ~ hati sentiasa gelisah (khuatir, sedih, susah), tidak tenang hatinya: semalam-malaman itu ia sudah ~, sudah gelisah sangat, tidak tidur sepicing jua; berusuh; ~ hati bersusah hati, berdukacita, gelisah: banyak juga orang yg ~ hati dgn keberhentian pegawai tinggi itu; merusuh menjadi rusuh (gelisah, khuatir, sedih): ia mulai tenang, lebih dikuasainya hati yg ~ itu; merusuhkan 1. = memperusuh membuat (menjadikan atau menimbulkan) rusuh hati, menggelisahkan, menyusahkan: tingkah laku anaknya yg seorang itulah yg ~ hatinya; banyak perkara yg ~ fikirannya sekarang; 2. khuatir akan sesuatu, selalu memikirkan, membimbangkan: selalu sahaja ada perkara yg dirusuhkan; kerusuhan; ~ hati perihal rusuh hati (kegelisahan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuncah | 1. menimbulkan kegelisahan (rusuh dll): perkara itu ~ dlm ingatannya; 2. = membuncahkan menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran, dll): hal yg ~ hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perusuhan | 1. perbuatan merusuhi (merusuhkan); 2. huru-hara, pemberontakan, dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merusuhkan | 1. = memperusuh membuat (menjadikan atau menimbulkan) rusuh hati, menggelisahkan, menyusahkan: tingkah laku anaknya yg seorang itulah yg ~ hatinya; banyak perkara yg ~ fikirannya sekarang; 2. khuatir akan sesuatu, selalu memikirkan, membimbangkan: selalu sahaja ada perkara yg dirusuhkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusang | ark 1. = ~ hati tidak tenteram hati, rusuh hati, gelisah: di dlm hati sangatlah ~ melihat pangkalan ditutup pasang; 2. = perut ~ perut busung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |