rusuh II | , = ~ hati tidak senang hati; sentiasa gelisah; risau: Hatinya sentiasa ~. berusuh; ~ hati bersusah hati; berdukacita: Banyak orang yg ~ hati oleh kematian pemimpin itu. merusuhkan menimbulkan atau mendatangkan rasa rusuh (hati); menggelisahkan: Banyak perkara yg ~ fikirannya. kerusuhan keadaan atau perasaan rusuh; kekacauan. ~ hati keadaan atau perasaan rusuh hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rusuh II, = ~ hati | tidak senang hati; sentiasa gelisah; risau: Hatinya sentiasa ~. berusuh; ~ hati bersusah hati; berduka cita: Banyak orang yg ~ hati oleh kematian pemimpin itu. merusuhkan menimbulkan atau mendatangkan rasa rusuh (hati); menggelisahkan: Banyak perkara yg ~ fikirannya. kerusuhan keadaan atau perasaan rusuh; kekacauan. ~ hati keadaan atau perasaan rusuh hati. | Kamus Pelajar |
rusuh II | = ~ hati sentiasa gelisah (khuatir, sedih, susah), tidak tenang hatinya: semalam-malaman itu ia sudah ~, sudah gelisah sangat, tidak tidur sepicing jua; berusuh; ~ hati bersusah hati, berdukacita, gelisah: banyak juga orang yg ~ hati dgn keberhentian pegawai tinggi itu; merusuh menjadi rusuh (gelisah, khuatir, sedih): ia mulai tenang, lebih dikuasainya hati yg ~ itu; merusuhkan 1. = memperusuh membuat (menjadikan atau menimbulkan) rusuh hati, menggelisahkan, menyusahkan: tingkah laku anaknya yg seorang itulah yg ~ hatinya; banyak perkara yg ~ fikirannya sekarang; 2. khuatir akan sesuatu, selalu memikirkan, membimbangkan: selalu sahaja ada perkara yg dirusuhkan; kerusuhan; ~ hati perihal rusuh hati (kegelisahan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
risau II | 1. = ~ hati rusuh hati, cemas, gelisah: jangan ~ dan bimbang; jangan-jangan me-reka ~ saya lambat balik ni; 2. huru-hara, tidak aman, gaduh, kacau, ribut, rusuh: pembangunan negara tidak dapat berjalan lancar selagi masih ada ~ dan kacau; merisaukan 1. mengacau (keamanan, ketenangan, dll), mengganggu (ketenteraman); 2. menyebabkan risau, mengacaukan (hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran): beberapa kejadian yg ~ hati; ia semakin ~ orang-orang yg mendengar kata-katanya; 3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang sesuatu: apa yg dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh bereskan; dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan; risauan sesuatu yg merisaukan, gangguan (keamanan dll); kerisauan perihal risau, kekacauan, kerusuhan (hati), kecemasan, kegelisahan: perkara yg mengenai diri sendiri boleh menjadi punca ~ fikiran kita; perisau 1. orang yg selalu risau, pencemas, perusuh; 2. pengacau, pengganggu (keamanan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangak II | Mn gaduh, hingar, kacau, recok, rusuh; merangak membuat gaduh (kacau, recok, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ribut II | 1 banyak yg mesti dibuat; sangat sibuk: Orang-orang ~ membeli-belah di pasar. 2 marah-marah; bising; rusuh: Dia ~ kerana wangnya hilang dicuri orang. meributkan 1 menyebabkan ribut; menghebohkan; menggemparkan. 2 menimbulkan keadaan huru-hara; merusuhkan. keributan 1 keadaan ribut; kesibukan. 2 keadaan kacau; kekacauan; kegemparan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ribut II | 1. banyak yg harus dikerjakan, sibuk sekali, hibuk: entah apa yg diserukan, ia tidak mengerti, kerana ia terlalu ~ utk menangkapi kata-kata itu; buat ~ buat sibuk, pura-pura sibuk; 2. bising, gaduh, hingar, huru-hara, ramai, recok, rusuh: mereka ~ malam kelmarin kerana kehilangan wang; di pelabuhan sangat ~ bunyi berbagai-bagai gerobak dan sorak pekerja; 3. marah-marah, mengamuk: ~, kelam-kabut, bertunda-tunda, sedang sepak terajang, tinju tampar berdambun-dambun bunyinya; meributkan 1. menjadikan ribut, mengacaukan, menggemparkan; 2. menimbulkan huru-hara (gaduh dll), merusuhkan; keributan 1. kesibukan, kegiatan (kerja): ~ di jalan raya sungguh memeningkan kepala; 2. kegemparan, kekacauan, kekecohan, kekecokan, kerusuhan: soal yg ditimbulkannya itu telah mencetuskan satu ~ besar di rapat pemuda; peribut pengacau, pengganggu (keamanan), perusuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kocak I | 1. = kocakan goncangan (air), gerakan kencang (air atau benda cair); 2. ki gelora, pergolakan: kpd ibunya ia menumpahkan segala pendaman jiwa dan ~ hatinya; berkocak 1. bergoncang (bkn air dlm bekas dll), bergelombang (bkn laut), berpalu, memukul (ombak pd batu): gelas itu dihentak-hentaknya beberapa kali dan air di dalamnya ~; desir angin yg lembut menyegarkan, dan riak ~ melanda pantai; 2. bergelora, bergolak (bkn perasaan hati dll), berdebardebar, gelisah, rusuh: hatinya tidak ~ sedikit pun menerima hukuman itu; nafsunya makin menyala, darah mudanya ~; 3. menjadi pudar atau tidak bercahaya (bkn mata), kusam atau kuyu (bkn mata): matanya ~; 4. Kl bergoyang, bergegar; ~ tanda tak penuh prb orang yg suka bercakap banyak itu menunjukkan pengetahuannya kurang (atau cetek); mengocak, mengocakkan 1. menggoncang(kan) bekas (utk menjadikan cecair dll di dalamnya sebati), menggerakkan air yg tenang (dgn memukulnya atau mengacaunya dsb dgn keras): apabila dikocak, abu putih itu pun larut ke dlm air itu; sekali-kali pula ikan haruan ~ air menghambat anaknya; 2. mengacaukan, mengharukan (fikiran atau perasaan), mengganggu (ketenangan keadaan, perasaan, dll): tangisan anaknya makin mengocakkan perasaan dan fikirannya; kenang-kenangan pahit ini selalu ~ hidupnya; 3. Kl menggoyang, menggoyahkan (tiang dll); terkocak 1. tergoncang, tergerak: masukkan bahan kimia itu ke dlm air sedikit-sedikit supaya tidak ~ air itu; 2. menjadi tidak tenang (fikiran dll), menjadi kacau; ~ hati gelisah, tidak tenang hati (fikiran); badan ~ Mn sangat kurus; kocakan kocak: sekali-sekala kesepian itu diganggu oleh ~ air bendang akibat haruan menyambar anak; pengocakan perihal atau perbuatan mengocak: ~ itu akan menghasilkan arus pusar yg dgn cepat menyebabkan pelarutan; kelocak II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |