sabuk | ikat pinggang yg dibuat drpd kain (sutera dll), bengkung: maka diurainya ~nya, diikat-kannya pd pinggang Tun Menida sekerat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sawat sandang | tali kulit (sabuk) tempat menggantungkan keris (pedang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampur | Jw sj selendang atau sabuk (yg dipakai ketika menari). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setagen | (setagén) sj ikat pinggang perempuan, sabuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tali pinggang | pengikat kain atau seluar, sabuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikat pinggang | pengikat kain atau seluar, sabuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
udet | Jw sj kain pengikat pinggang, bengkung, sabuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sawat I | tali atau selendang yg diselepangkan ke bahu (utk menggantungkan keris, pedang, dll); ~ sandang tali kulit (sabuk) tempat menggantungkan keris (pedang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cindai I | 1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinggang | bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; buah ~ ginjal, kerinjal; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd bahagian pinggang; ~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll; berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; peminggang bahagian tengah-tengah perahu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |