sabung-menyabung | berlanggar-langgaran, bertempuran (ombak, kilat, dll): maka ber-bunyilah guruh petir, kilat ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sabung-menyabung | saling melanggar dgn hebatnya; berlanggar-langgaran: Maka turunlah hujan dgn lebatnya serta kilat ~. | Kamus Pelajar |
berkenya | sabung-menyabung (bkn kilat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenya | (kénya); berkenya sabung-menyabung (bkn kilat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdentuman | saling berdentum: guruh ~, sesekali kilat sabung-menyabung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sabung; bersabung | sabung-menyabung saling melanggar dgn hebatnya; berlanggar-langgaran: Maka turunlah hujan dgn lebatnya serta kilat ~. | Kamus Pelajar |
kilat | 1 cahaya yg kelihatan memancar di langit sebelum guruh berbunyi: ~ sabung-menyabung di langit. 2 cahaya yg keluar dr sesuatu yg berkilau: ~ kasut. berkilat mengeluarkan kilat; bercahaya; berkilau: Kasutnya hitam ~. mengilatkan menggosok sesuatu supaya berkilat; menggilapkan: Kita hendaklah membersihkan atau ~ kasut kita sendiri. kilatan cahaya yg berkilat: ~ api cetusan api. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kilat I | 1. cahaya yg memancar di langit (biasanya sebelum guruh berbunyi): ~ sabung-menyabung, guruh berbunyi bertalu-talu menandakan hujan akan turun; secepat (spt) ~ sangat pantas; 2. cahaya sesuatu yg berkilau (gilap): ~ pisau; ~ sepatu; 3. sangat cepat atau pantas: keputusan ~ keputusan yg dibuat dgn seketika (tanpa berfikir atau berbincang panjang); kereta api ~ kereta api yg berjalan sangat deras; kursus ~ kursus yg tamat dlm masa yg singkat; ~ beliung sudah di kaki, ~ pisau sudah ke tangan, ~ cermin sudah ke muka prb orang yg bijaksana segera memahami kias (sindiran) orang; ~ di dlm kilau, kabus di dlm hujan prb dlm percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya; bagai ~ senja, bagai petir tunggal prb perihal kepantasan dan kegagahan seseorang pahlawan; hilang ~ dlm kilau prb tidak kelihatan lagi kebijaksanaan (kemuliaan dll) seseorang apabila sudah dikelilingi oleh orang-orang yg pandai (mulia dll); sekilat sekilas, sesaat, sekejap, seketika: matanya ke tingkap ~, kemudian ke muka Abdul Fakar semula; berkilat 1. memancarkan kilat, mengeluarkan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat bersinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang); berkilat-kilatan berkilat-kilat, berkilauan: mata lembing berceracakan ke udara memantulkan sinar yg ~;berkilatan berkilat-kilat: ~lah lampu pemotret beberapa kali; mengilat 1. memancar (bercahaya) spt kilat, berkilat: kilat ~ sekali di langit, guruh menyusulnya; kelihatan beberapa orang serdadu Jepun yg berbayonet tajam ~; 2. pantas sekali, kelihatan sesaat sahaja: larinya ~; mengilatkan 1. memancarkan (mengeluarkan) cahaya spt kilat; 2. menjadikan berkilat (berkilap), mengilapkan: kayu itu dikerat elok-elok, dilicinkan dan dikilatkan; 3. = mengilat-ngilatkan membayangkan (tujuan dll), menyatakan sesuatu secara tidak langsung, menyindirkan: maka oleh bendahara sbg dikilat-kilatkan pd raja, akan laksamana juga disebutnya; terkilat kelihatan seketika sahaja, terbayang sejurus (dlm ingatan dll): ia mengingat-ingatkan rupa perempuan muda yg ~ tadi; dlm kenangannya, ~ gambaran yg mengharukan; ~ dlm hati terlintas dlm hati; ~ pd mukanya kelihatan terbayang pd mukanya; ikan ~ jala tiba prb sangat cepat bertindak (mengerti maksud kata-kata orang); ~ ikan di air, sudah tahu jantan betinanya prb sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang; kilatan kilat: ~ batu berlian boleh menentukan nilainya; pengilat bahan utk mengilatkan (menjadikan sesuatu kelihatan berkilat): ~ bibir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencurah-curah | 1. mengalir dgn deras, banyak dan dlm tempoh yg agak lama: hujan masih turun ~ dan kilat sabung-menyabung; 2. ki datang dgn banyaknya dan tidak putus-putus: mudah-mudahan ia beroleh rezeki yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
curah | ; mencurah 1. mengalir dgn deras dan banyak, mencucur: hujan turun ~ dr langit; 2. ki datang dgn banyaknya: tentera Jepun kelihatan ~ masuk ke daerah Brunei; apabila harga getah naik, wang ~; mencurah-curah 1. mengalir dgn deras, banyak dan dlm tempoh yg agak lama: hujan masih turun ~ dan kilat sabung-menyabung; 2. ki datang dgn banyaknya dan tidak putus-putus: mudah-mudahan ia beroleh rezeki yg ~; mencurahi 1. mencucuri, menyirami (menyimbahi, menumpahi) dgn banyaknya: hujan lebat ~ seluruh negeri; 2. ki memberi banyak-banyak, mengurniai banyak-banyak, menganugerahi banyak-banyak: Tuhan akan ~ kamu kurnia dan rahmat; mencurahkan 1. mencucurkan, menuang (menyimburkan, melimpahkan, menumpahkan) dgn banyaknya; mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan keuntungan besar tetapi tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; 2. ki mengeluarkan banyak-banyak (rahsia, pendapat, perasaan, dll): ia ~ segala perasaan dukanya kpd kakaknya; 3. ki memberikan banyak-banyak, menyumbangkan: apakah tidak ada kewajiban bagiku utk ikut serta ~ tenaga? 4. menumpukan, memusatkan (fikiran): biasanya ia sabar dan tidak pernah ~ fikirannya kpd perempuan; tercurah dicurahkan, ditumpukan, tertumpah: bunyi piring berlaga itu diselang-selangi pula oleh bunyi deruan air ~; curahan 1. yg dicurahkan; 2. aliran (air) yg jatuh atau turun dgn deras, aliran mencurah: bilas bersih-bersih tetapi cepat-cepat di bawah ~ air yg banyak; 3. ki sesuatu yg diberikan (disumbangkan) dgn banyak dan berterusan: setiap usaha memerlukan ~ tenaga utk mencapai matlamatnya; pencurahan perihal atau perbuatan mencurahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |