Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kulit yg berserat (kulit nyiur, pinang, dll); bongkok ~ (orang yg) bongkok spt sabut kelapa (kerana tua dll); tali ~ tali yg dibuat drpd sabut; untung ~ timbul untung batu tenggelam prb kalau ada untung baik, diperoleh baik dan begitu juga kebalikannya (untung-untungan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabut (kata nama)
Bersinonim dengan kulit berserat, tepes.,

Puisi
 

Limau manis condong ke Kerling,
     Tali sabut anyam berdiri;
Tuanlah manis duduk menjeling,
     Saya menyebut setiap hari.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Kerana sabut tebal,
     tempurungnya pun menjadi kebal.

Bermaksud :

Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sabut Ikulit yg berserat (kulit nyiur, pinang, dll); bongkok ~ (orang yg) bongkok spt sabut kelapa (kerana tua dll); tali ~ tali yg dibuat drpd sabut; untung ~ timbul untung batu tenggelam prb kalau ada untung baik, diperoleh baik dan begitu juga kebalikannya (untung-untungan).Kamus Dewan Edisi Keempat
bongkok sabutbongkok spt bentuk sabut;Kamus Dewan Edisi Keempat
bongkok sabutbongkok yg menyerupai bentuk sabut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tali sabuttali yg dibuat drpd sabut;Kamus Dewan Edisi Keempat
bongkok sabut(orang yg) bongkok spt sabut kelapa (kerana tua dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
sabut<i>tali ~i> tali yg dibuat drpd sabut kelapa.Kamus Pelajar
saduransabut kulit berserat atau berjerami, spt kulit buah kelapa. tali ~ tali yg dibuat drpd sabut kelapa. ~ keluli anyaman serat drpd besi halus dan digunakan utk membersihkan (melicinkan) logam dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bongkokmelengkung ke hadapan (bkn badan); tidak lurus: Abdullah ternampak akan seorang perempuan tua ~ sedang mengambil air. ~ sabut bongkok yg menyerupai bentuk sabut. ~ udang bongkok di bahagian tengah belakang. membongkok merendahkan bahagian badan dr pinggang ke atas ke hadapan: Dia ~ sbg tanda hormat kpd pembesar itu. membongkokkan menjadikan bongkok: melengkungkan: Dia ~ badannya utk mengambil penselnya yg terjatuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bongkokmelengkung ke hadapan (bkn badan); tidak lurus: <i>Abdullah ternampak akan seorang perempuan tua ~ sedang mengambil air.i> <i>~ sabuti> bongkok yg menyerupai bentuk sabut. <i>~ udangi> bongkok di bahagian tengah belakang. membongkok merendahkan bahagian badan dr pinggang ke atas ke hadapan: <i>Dia ~ sbg tanda hormat kpd pembesar itu.i>Kamus Pelajar
bongkok1. melengkung di bahagian belakang (bkn badan): segala rakyat kecil besar, tua muda, ~ tempang pun berkampunglah; 2. = membongkok menggerakkan bahagian atas badan ke hadapan atau ke bawah; ~ sabut bongkok spt bentuk sabut; ~ udang bongkok pd tengah belakang; ~ baru betul (buta baru celik) prb jikalau orang baru memperoleh kemuliaan dan kesenangan maka ia pun mengada-ada; ~ kail nak mendapat (mengena) prb tipu muslihat itu ialah utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; di mana kayu ~, di sanalah hendak meniti prb orang yg bodoh mudah kena tipu; tak tahu di ~ tidur prb tidak tahu akan kekurangan diri sendiri; takkan ~ sebab menyorok prb tidak hina mengerjakan pekerjaan yg dipandang rendah jika utk maksud yg baik; yg ~ juga dimakan sarung prb yg bersalah juga yg akan menanggung dosa; membongkok 1. menggerakkan bahagian atas badan ke hadapan atau ke bawah: dia ~ sedikit spt memberi hormat; 2. merendahkan diri kpd, sangat hormat: ~ kpd orang besar; membongkokkan menyebabkan badan membongkok, melengkungkan badan: ~ badan memberi hormat;terbongkok-bongkok dgn membongkok-bongkok: ia ~ membuka kasutnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910

Kembali ke atas