ikrab | rapat benar (bkn sahabat); karib: sahabat ~ sahabat yg rapat sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sahabat kenalan | sahabat-sahabat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sahabat | 1. kawan, teman, taulan: drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~; 2. pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi; ~ handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan supaya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sahabat handai | = ~ kenalan sahabat-sahabat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kita orang | bp saya serta sahabat-sahabat saya dll (tidak termasuk orang yg dilawan bercakap), kami: boleh engkau menulis Quran nanti ~ orang beli; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syeikh | (syéikh) 1. sebutan kpd orang yg berketurunan sahabat-sahabat Nabi; 2. sebutan kpd orang Arab (yg berasal dr Hadramaut); 3. sebutan kpd alim ulama; 4. = ~ haji = ~ jemaah orang-orang yg mengurus orang naik haji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bujang I | 1. tidak beristeri, tidak (belum) bersuami: sahabat-sahabat lelaki yg masih ~ lagi menghadiahkan sebuah puan kepadanya; 2. orang (laki-laki atau perempuan) yg sudah dewasa (sudah boleh berkahwin): di mana ~ yg tadi itu; 3. janda (perempuan); ~ bercerai janda yg diceraikan suaminya; ~ jalang perempuan jalang; ~ talang janda yg tidak mempunyai anak; 4. pelayan, pembantu rumah, jongos: lampu minyak tanah sudah lama dipasang oleh ~nya; 5. ki tidak berkawan, bersendirian; katil ~ katil utk satu orang; kopi (air) ~ kopi (air) sahaja (tidak bersama kuih dll); 6. bk kemaluan laki-laki; ~ dan khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg berlainan; ~ sabilillah sl tentera dlm perang suci; ~ serta khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg sama; bak ~ jolong berkeris (bersubang) prb orang yg sombong kerana kekayaan (kebahagiaan) yg baru diperoleh; bak ~ setahun sudah betetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak prb orang yg menjadi sombong kerana mendapat kekayaan (kemuliaan); membujang 1. hidup dgn tidak (belum) berkahwin: hidup ~ takkan semuanya lengkap; 2. bekerja sbg bujang (pembantu rumah): ia ~ kpd orang kaya; 3. Kl bersetubuh dgn pelacur; pembujangan perihal membujang, hidup membujang: dlm Islam, tidak digalakkan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beta I | (béta) kata ganti diri pertama utk raja; sahabat ~ sahabat hamba, tuan hamba;berbeta menggunakan beta (kalau bercakap dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat | 1 saling berkirim surat: Saya sudah lama tidak ~ dgn sahabat-sahabat saya di Bonn. | Kamus Pelajar |
surat-menyurat | 1 saling berkirim surat: Saya sudah lama tidak ~ dgn sahabat-sahabat saya di Bonn. | Kamus Pelajar |