sakit otak | gila; ~ gajah = ~ gajah-gajahan elefantiasis, untut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hospital gila | tempat merawat orang sakit otak (gila); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hospital gila | hospital tempat merawat orang sakit otak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sakit ingatan | sakit otak (gila); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mental | (méntal) 1. berkaitan dgn atau melibatkan akal, pemikiran, atau proses intelektual; 2. bp tidak siuman, sakit otak, gila. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sakit mental | tidak siuman fikiran-nya, sakit otak, gila; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gila | 1 menanggung akibat sakit fikiran; tidak sihat fikiran; sakit otak: Di sana, ada dua tempat merawat orang-orang ~. 2 tidak spt biasa; tidak dpt diterima akal; yg bukan-bukan: ~, takkan dpt melompat setinggi itu! 3 terlalu suka atau gemar akan; sangat asyik: Dia memang ~ bermain bola. ~ asyik (berahi) terlalu asyik atau cinta. ~ babi penyakit urat saraf yg menyebabkan seseorang jatuh dan tidak sedar. ~ bahasa tidak berapa sopan budi bahasanya; tidak berapa waras fikirannya. ~ bayang mencintai seseorang yg tidak mengetahui atau tidak melayan cintanya itu. ~ bayang-bayang mengingini sesuatu yg tidak mungkin tercapai. ~ pangkat a. selalu mengejar atau mencari pangkat. b. berubah kelakuan atau sikapnya kerana mendapat pangkat tinggi. ~ perempuan terlalu gemar akan perempuan. ~ renang, = ~-~ air agak kurang baik ingatannya. ~ talak agak kurang siuman kerana selalu teringat akan bekas isteri atau suami yg sudah bercerai dgnnya. ~ urat sangat ingin hendak mengahwini seseorang tetapi tidak berupaya utk menyampaikan hajatnya itu. gila-gila 1 spt orang gila; seakan-akan gila (tidak senonoh dll). 2 agak gila; gila sedikit. menggila 1 bertambah-tambah (banyak, laju dll); menjadi-jadi: pergaduhan yg ~. 2 berkelakuan spt orang gila. menggilai terlalu asyik terhadap sesuatu atau seseorang. menggilakan menyebabkan jadi gila. tergila-gila terlalu gemar atau sangat suka akan; terlalu ingin: Jangan ~ akan bintang filem itu. kegilaan 1 sifat atau keadaan gila. 2 sesuatu yg melampaui batas. 3 kegemaran atau keasyikan yg berlebih-lebih. kegila-gilaan 1 agak gila; kelihatannya spt gila. 2 tergila-gila. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hospital | tempat merawat orang sakit; rumah sakit: Orang yg cedera itu telah dirawat di ~ Kuala Lumpur. ~ gila hospital tempat merawat orang sakit otak. ~ tibi hospital tempat merawat orang yg menderita penyakit tibi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hospital | tempat pesakit diberi jagaan dan rawatan perubatan, pembedahan, dll, rumah sakit; ~ gila tempat merawat orang sakit otak (gila); ~ T.B. tempat merawat orang yg menghidap penyakit tibi (batuk kering). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hospital | tempat merawat orang sakit; rumah sakit:Orang yg cedera itu telah dirawat di ~ Kuala Lumpur. ~ gila hospital tempat merawat orang sakit otak. ~ tibi hospital tempat merawat orang yg menderita penyakit tibi. | Kamus Pelajar |