selada | 1. sj tumbuhan (paku pakis), ribu-ribu, Lygodium scandens; 2. sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat sayur), salad, Lactuca sativa; 3. sj makanan yg diperbuat drpd sayur-sayuran (daun-daun selada, mentimun, tomato, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salad | 1. sj tumbuhan (herba yg dibuat sayur), Lactuca sativa; 2. sj makanan yg diperbuat drpd sayur-sayuran mentah (spt salad, timun, tomato, dsb), selada; 3. = ~ buah-buahan campuran buah-buahan yg dipotong-potong dan disejukkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lada benggala | lada yg berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad atau sayur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daun salad | nama sj sayur yg boleh dimakan mentah, Lactuca sativa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lada | 1. sj tumbuhan herba (buahnya pedas dan biasanya dicampur dgn rempah); ~ benggala lada yg berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yg mempunyai rasa pedas manis dan digunakan sbg salad atau sayur; ~ berekor sj tumbuhan (herba), kemukus, Piper cubeba; ~ hitam lada yg kulitnya tidak dibuang, Piper nigrum; ~ payung sj tumbuhan (herba), cabai jawa, Piper retrofactum; ~ rimba sj tumbuhan (herba), akar kalung gajah (ular), sirih murai, Piper ribesioides; ~ sulah = ~ putih lada yg telah dikeringkan dan dibuang kulitnya, merica, Piper nigrum; 2. sj tumbuhan (herba dan buahnya), cabai, lombok; ~ api = ~ kecil = ~ kerawit = ~ melaka Kd = ~ padi Id sj tumbuhan (herba), cabai burung, cabai rawit, Capsicum frutescens; ~ besar = ~ congcang = ~ merah sj tumbuhan (herba), cabai seberang, cabai selasih, Capsicum annuum; ~ kering cabai merah yg telah dikeringkan, cili kering, cabai kering; 3. sj tumbuhan (pokok renek); ~ api (padi, kutuk) ki orang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ pahit sj tumbuhan, melada pahit, embalau, Brucea amarissima; kayu ~ sj tumbuhan, akar berangan, Dalbergia parviflora; 4. bp menggosokkan cili pd mulut dsb seseorang (kerana terlalu marah terhadap apa yg telah dicakapkannya dsb), cabai, cili: jangan lancang sangat engkau bercakap nanti aku ~ mulut, baru kau tahu; belum tahu dipedas ~ prb belum banyak pengalaman (masih mentah); burung terbang dipipiskan ~ prb sudah bersedia utk mengharapkan hasil yg belum diperoleh; kecil-kecil ~ api, besar-besar limau abung prb biar kecil tetapi berani drpd besar tetapi penakut; siapa makan ~ dialah berasa pedas prb orang yg bersalah akan berasa tersindir kerana kesalahannya; berlada dibubuh lada (cabai, cili), bercabai, bercili: kuah ~; meladai membubuh lada pd (gulai dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salad | 1 = daun ~ nama sj sayur yg boleh dimakan mentah, Lactuca sativa. 2 makanan yg dibuat drpd berbagai-bagai jenis sayur mentah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
salad | 2 makanan yg dibuat drpd berbagai-bagai jenis sayur mentah. | Kamus Pelajar |
salad | 1 = daun ~ nama sj sayur yg boleh dimakan mentah, Lactuca sativa. | Kamus Pelajar |
mentah | 1 belum dimasak atau belum direbus (bkn barang makanan): daging ~; sayur ~. 2 tidak masak betul (bkn barang yg dimasak): Nasi ini ~. 3 masih muda (bkn buah-buahan); belum masak. 4 belum sempurna akal; belum dewasa: Budak itu masih ~ lagi. 5 belum dikerjakan; belum diolah lagi: Bahan-bahan ~, spt getah dan bijih timah dieksport ke luar negara. 6 belum mendapat keputusan (bkn mesyuarat, rundingan dll); belum selesai. mentah-mentah 1 tidak dimasak atau tidak direbus sama sekali (bkn barang makanan): Daun salad biasanya dimakan ~. 2 tidak dgn apa-apa syarat; begitu saja: Cadangannya ditolak ~ oleh jawatankuasa itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |